Ragnarok Origin
Gravity telah melancarkan Ujian Tertutup Beta (CBT) pertamanya untuk Ragnarok Origin di Korea Selatan. Malangnya, pelancaran di seluruh dunia masih belum diumumkan. Bagi pemain yang tidak sabar untuk bermain permainan ini, walaupun kawasan ini dibatasi di Google Play dan iOS. Kami mempunyai kaedah alternatif untuk memuat turun permainan, dan bagaimana mengubah bahasa ke bahasa English, langkah demi langkah.
Perhatian : Tutorial ini hanya untuk telefon Android dan emulator. Untuk peranti iOS, tidak ada cara untuk memuat turunnya kerana dasar apple menyekat aplikasi pihak ketiga.
Mencuba Ragnarok Origin
Ragnarok Origin ini masih berasaskan dari ragnarok klasik, sama seperti versi mobilnya yang pertama, ragnarok m eternal love. Jika anda kipas susah mati ragnarok, anda akan merasa feel yang sama dengan mana-mana versi ragnarok yang lain.
Yang menariknya kawalan kemahiran telah dipertingkatkan dari versi sebelumnya, terdapat 2 jenis susun atur boleh dipilih untuk digunakan bergantung kepada kesuaian pemain.

Terdapat juga fungsi menarik dimana pemain boleh menukar gaya pemainan dengan serta merta. fungsi ini dinamakan preset. Terdapat 3 jenis preset boleh diset untuk digunakan iaitu status, kemahiran dan kelengkapan peralatan. Contohnya knight boleh bertukar menjadi pure tank atau damage dealer serta merta dengan menukar preset tersebut.


Di Ragnarok Origin terdapat sedikit perbezaan pada sistem jual beli antara pemain, masih tiada sistem trade tetapi terdapat sistem gift dimana pemain boleh memberi baragan mengikut limitasi yang telah ditetapkan kepada pemain lain, ada beberapa nota penting perlu diambil kira sebelum fungsi ini boleh anda gunakan dengan sepenuhnya;
- Hanya baragan tertentu sahaja boleh diberi,
- Anda perlu mendapatkan mata untuk membuka lebih banyak pilihan baragan yang boleh diberi,
- Anda perlu melakukan permainan seperti quest, daily dan sebagainya untuk mendapatkan mata
Untuk aktiviti jual beli pula juga ada perbezaan dari versi ragnarok m eternal love, terdapat 2 jenis jual beli;
- ro shop, untuk pemain membeli cash ataupun zeny.
- shop, terbahagi kepada 3, shop, stall dan auction.
Matawang yang digunakan juga mempunyai 3 jenis;
- Copper, digunakan pada NPC
- Zeny, digunakan di kafra shop dan shop
- Coin, digunakan untuk membeli cash item

Pelbagai lagi perbezaan dari ragnarok m eternal love yang boleh anda cuba di ragnarok origin. Ianya satu pengalaman yang menarik untuk dicuba walaupun asasnya adalah sama seperti ragnarok mobil sebelumnya. Saya menyarankan anda mencuba ragnarok origin. Lihat dibawah mengenai cara memasang ragnarok origin, disebabkan hanya boleh diakses oleh pemain korea, anda memerlukan cara alternatif untuk mencubanya.