Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

Predator League 2022 Malaysia: Pendaftaran PUBGM Dan Dota2

0

Predator League 2022 Malaysia adalah kejohanan yang dibawakan oleh Acer. Kejohanan ini berlangsung setiap tahun dimana ia merupakan satu komitmen Acer Predator dalam menyokong industri permainan, khususnya di rantau Asia Pasifik.

Kejohanan Kelayakan Liga Predator Malaysia 2022 akan melayakkan johan, 1 pasukan Dota 2 dan 1 pasukan PUBG dari Malaysia yang akan menyertai Liga Predator Perlawanan akhir. Kesemua johan di rantau masing-masing akan melawan pasukan-pasukan terkuat bagi menuntut perisai juara berprestij ini pada November di Jepun 2022.

Status Kejohanan

Sedang Berlangsung

Promosi Codashop: DISKAUN 20% Untuk Pengguna GrabPay Baharu! Semasa checkout, bayar menggunakan GrabPay dan tekan “Add Offer”, masukkan kod NEWGRABPAY dan tekan “Add”. Hanya sehingga 30 September di Codashop

Pendaftaran

Pendaftaran boleh dilakukan di laman rasmi kejohanan rantau Malaysia.

Syarat-Syarat

Dota2 – Sila rujuk buku panduan di dokumen peraturan dota2 yang disediakan.

PUBGM – Sila rujuk buku panduan di dokumen peraturan PUBGM yang disediakan.

Jadual Predator League 2022 Malaysia

  • 1 Julai – 31 Ogos (Pendaftaran)
  • 3-4 September 2022 (Kelayakan Dota 2 dan PUBG)
  • 17-18 September 2022 (Grand final Dota 2 dan PUBG)

Hadiah

Jumlah hadiah kesulurah bernilai RM 100,000 dan barangan ekslusif Predator.

Pasukan-pasukan yang muncul sebagai juara dalam DOTA 2 dan PUBG:BATTLEGROUNDS akan membawa pulang produk Predator bersama-sama dengan hadiah wang tunai masing-masing RM10,000 dan RM12,000, dan mewakili Malaysia dalam Pusingan Akhir Liga Predator APAC.

Hubungi

Anda boleh hubungi menggunakan alamat emel tertara bagi sebarang pertayaan berkaitan:

Acer Malaysia Registration Service Contact:

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.