Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

PMCO Spring Split 2021 : Informasi Penuh Pendaftaran dan Kejuaraan

4

PERTANDINGAN PUBG MOBILE 2021

Status Kejohanan

Pendafataran Telah Ditutup




Pusingan Kelayakan

⌛ Pusingan kelayakkan akan bermula 1 Febuari hingga 7 Febuari* ⌛

Sinopsis

Struktur ini pertama kali diumumkan bulan lalu, semasa mereka melihatkan garis masa peristiwa esports PUBG Mobile untuk tahun 2021. Selain semakan penambahbaikan permainan, acara pertandingan dari undangan juga telah ditambah. Ini bermaksud aksi PUBG Mobile tanpa henti untuk peminat di mana sahaja, dan pasukan-pasukan perlu sentiasa memperbaiki gaya permainan jika mereka ingin terus bersaing untuk kekal layak didalam pertandingan akan datang. Selain itu, ada perubahan pada PMGC dimana sebelum ini dua siri global diadakan dalam setahun, PMGC kali ini hanya akan berlangsung sekali sahaja iaitu pada akhir tahun, manakala PMPL dan PMCO akan terus diadakan dua musim dalam setahun.

Tambahan, jumlah hadiah keseluruhan tahun 2021 telah meningkat menjadi AS $ 14 juta, yang bernilai AS $ 9 juta lebih banyak daripada jumlah pot tahun sebelumnya.

Cara Pendaftaran

2020 adalah tahun yang sangat aktif untuk PUBG MOBILE esports. Ia mempunyai lebih daripada 120,000 pasukan di seluruh dunia yang mendaftar untuk bertanding. Pasukan menunjukkan kemahiran yang luar biasa dan bersaing untuk peluang mereka untuk melangkah ke peringkat seterusnya. Musim 2021 esports PUBG Mobile akhirnya tiba! Dan kali ini, ia kelihatan sedikit berbeza daripada yang biasa dilakukan untuk pemain Malaysia dan Singapura, dengan jumlah tidak khusus bagi pasukan teratas yang akan layak ke PUBG Mobile Professional League Malaysia / Singapura (PMPL MY / SG) Musim 3.



Pertandingan ini akan menjadi pertandingan esport semi-pro PUBG MOBILE terbesar setakat ini. Kali ini, Spring Split akan bermula dengan PUBG Mobile Club Open (PMCO 2021). PMCO memperoleh AS$1.6 juta  (RM6.4 juta) untuk kedua-dua pecahan kejohanannya, Spring Split dan Fall Split.

Kriteria

  • Pemain mesti berumur sekurang-kurangnya 16 tahun.
  • Sekurang-kurangnya tiga pemain mesti merupakan kewarganegaraan yang berasal dari wilayah yang sama di mana pasukan mendaftar.
  • Semua pemain mesti berada di kedudukan Platinum atau lebih tinggi semasa pendaftaran.
  • Pasukan mestilah mendaftar minimum empat pemain dan tidak lebih daripada lima pemain, dengan satu pemain sebagai pengganti.
  • Pemain hanya dibenarkan menggunakan peranti mudah alih (handphone) semasa kejohanan (termasuk pusingan kelayakan dalam permainan). Pemain yang menggunakan tablet atau emulator PC akan dibatalkan kelayakannya dari PMCO.

Pendaftaran

Perlu memenuhi semua kritiria diatas terlebih dahulu;

Pendaftaran dibuka ( 1 Januari) hingga 24 Januari, jadi pastikan untuk mendaftar dan mendaftar di  Laman Rasmi PUBG sebelum tarikh tutup pendaftaran.

Pasukan perlu mengisi maklumat lengkap seperti yang diperlukan, dan pastikan pasukan memahami peraturan dan terma pertandingan.

Informasi pendaftaran PMCO 2021

Tarikh Penting

  • 1 Januari – 24 Januari – Pendaftaran
  • 1 Februari – 7 Februari 2021 – Pusingan kelayakan
  • 16 Februari – 21 Februari 2021 – Peringkat serantau
  • 24 Februari – 28 Februari 2021 – Peringkat akhir serantau



4 Komen
  1. Izzn berkata

    Klau tkde discord?

    1. khalid zainal berkata

      Perlu ada discord untuk maklumat dan urusan-urusan lain, hanya kapten pasukan sahaja. Ahli lain tidak perlu.

  2. Mohammad shahrun berkata

    EMAIL DI HANTAR KAT MANA?

    1. khalid zainal berkata

      Daftar segala maklumat termasuk email di https://esports.pubgmobile.com/pmco/ tapi pendaftaran telah pun ditutup 24 Januari lalu.

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.