Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

Penerangan 5G dan IoT

0

Umum telah mengetahui mengenai akan datangnya 5G diMalaysia untuk rakyat Malaysia. Tetapi apa bezanya dengan generasi sebelumnya 4G? Apa pentingnya 5G dan impaknya pada masa akan datang. Rata-rata jika perkara ini diutarakan, ramai akan mendebatkan mengenai 4G, mengapa tidak diperluaskan dahulu 4G?  Sebenarnya sehingga Oktober 2019, kadar penembusan rangkaian 4G di Malaysia telah berada pada tahap 82.2 peratus, jadi pembangunan 5G adalah wajar untuk memastikan Malaysia mampu mengadaptasi teknologi akan datang. Adaptasi teknologi 5G bakal melengkapkan kesalinghubungan sambungan sedia ada malah mempercepatkan proses pembangunan ekosistem digital di Malaysia. Kita perlu fahami hubung kait dengan membaca penerangan 5G dan IoT ini.

Pada Oktober 2019, TM telah memulakan pembangunan infrastruktur 5G di Subang Jaya dan kemudian diikuti dengan 11 kes penggunaan yang dilakukan di Pulau Langkawi di bawah Projek Pembangunan 5G (5GDP).

5G adalah teknologi rangkaian tanpa wayar generasi seterusnya yang diharapkan dapat mengubah cara hidup dan pekerjaan. Keupayaan teknologi 5G ini bukan sahaja mampu memberikan pengalaman internet berkelajuan tinggi pada kadar sehingga 100 kali ganda berbanding teknologi 4G. Ia juga datang dengan sambungan yang lebih berkualiti.

Berdasarkan demonstrasi yang dibuat TM di Langkawi, kadar kelajuan maksimum yang berjaya dicapai mencatatkan lebih 1.5GB sesaat untuk muat turun data. 4G sebelum ini, kadar lengahan (atau lebih dikenali sebagai latency) pada sekitar 20 milisaat, melalui teknologi 5G, kadar lengahan ini menjadi sangat minimum iaitu sekitar 1 milisaat, sekaligus kecekapan sambungan internet mudah alih menerusi 5G menjadikan kadar penggunaan tenaga lebih rendah pada peranti.

Sifat-sifat nya secara keseluruhan; Kelajuan yang tinggi; Kadar lengahan yang rendah (1milisaat); Mampu menghubungkan lebih banyak peranti bagi setiap 1 km persegi. Ini merupakan hasil yang telahpun diuji di Langkawi dan berupaya untuk memberi liputan yang lengkap di semua kawasan (bandar atau luar bandar) dengan kos yang lebih cekap.

Apa pula Iot dan bagaimana penggunaannya seiring dengan 5G?

IoT merupakan singkatan kepada “internet of things”, adalah sistem peranti pengkomputeran yang saling berkaitan. Seperti mesin mekanikal dan digital, objek, haiwan atau orang yang dilengkapi dengan pengenal unik (UID) dan mempunyai kemampuan untuk memindahkan data melalui rangkaian tanpa memerlukan manusia-ke- interaksi manusia atau manusia ke komputer.

Antaranya seperti implan monitor jantung, binatang ternakan dengan transponder biokip, sebuah kereta yang mempunyai sensor bawaan untuk memberi amaran kepada pemandu apabila tekanan tayar rendah atau lain-lain yang semula jadi atau buatan manusia yang dapat dipasangkan dengan alamat Protokol Internet (IP).

Dengan kata lain ianya dapat memindahkan data yang diperlukan oleh komputer atau AI(artificial intelligent) pada kelajuan tinggi sekaligus memambah baik perniagaan/pekerjaan dengan melihat serta merta bagaimana sistem dapat benar-benar berfungsi. Memberikan analisa mengenai semua perkara dari prestasi mesin hingga operasi rantaian dan logistik.

Secara amnya, IoT paling banyak terdapat dalam pembuatan, pengangkutan dan organisasi utiliti, menggunakan sensor dan peranti IoT lain; namun, ia juga menemukan penggunaan untuk organisasi dalam industri pertanian, infrastruktur dan automasi rumah, yang memimpin beberapa organisasi menuju transformasi digital.

Bukan sahaja 5G penting untuk pembangunan digital akan datang, ianya juga membawa kesan kepada industri lain, seperti dalam industri permainan dalam talian, kadar lengahan(latency) adalah lebih rendah membuatkan permainan dalam talian akan lebih lancar dan kelajuan internet mencecah 1.5gb per saat membolehkan pemain memuat turun permainan contohnya Call of Duty Warzone 20gb dalam masa berapa minit sahaja.

Ia juga akan membuatkan permainan jenis VR akan menjadi lebih lancar dan menarik pada masa akan datang.

Akhir kata dengan penerangan 5G dan IoT dapat membuatkan orang ramai faham mengenai kepentingannya dan saya mengharapkan agar syarikat telekomunikasi Malaysia mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik sejajar dengan kegunaan 5G tersebut juga pada kadar harga yang mampu milik.

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.