Bila sebut beli barang dari Jepun, ramai collector terus terbayang line-up impian yang susah nak jumpa kat sini—lagi-lagi item Kamen Rider yang cepat “sold out” atau dah lama discontinued. Apa yang saya nak kongsikan kali ii adalah 1 cara mudah untuk dapatkan barang terus dari japun. Perkongsian pengalaman dan review sebagai seller mainan 2nd hand, ini merupakan cara paling mudah iaitu dengan menggunakan proxy servis.
Review Unboxing Pertama yang Jadi “Turning Point”
Untuk panduan kali ini saya menggunakan shipment pertama kali saya lakukan di Letao, saya fokus pada siri Kamen Rider – antara line-up yang memang ada demand tinggi dalam kalangan fans Malaysia. Antara yang berjaya saya dapatkan:
- DX Kivat Belt (Kamen Rider Kiva) – barang vintage rare, susah nak cari dalam condition baik.
- Force Riser (Kamen Rider Zero-One) – iconic henshin device untuk villain.
- DX Rampage Gatling Progrise Key – salah satu key paling sought-after Zero-One series.
- DX Shining Hopper Progrise Key – upgrade form yang power.
- DX Flying Falcon Progrise Key – design sleek dan warna striking.
Semua ni kategori 2nd hand Jepun, tapi bila sampai saya berpuas hati, padan dengan condition masa beli adalah As-Is. Sebelum membeli kena baca dan lihat gambar – boleh jadi walaupun “used”, kadang-kadang nampak macam baru.
Selepas saya sendiri menggunakannya untuk beli barang dari jepun, Letao memang sangat mudah digunakan dan menyelam di letao merupakan pengalaman yang menarik dan menyeronokkan. Apa yang membuatkan saya memilih Letao selepas ini untuk beli barang dari Jepun:
- Proses telus (First/Second Payment, kos apa yang terlibat).
- Pemilihan kategori betul dan teratur (contoh filter Tokusatsu & Heroes), memudahkan pencariaan
- After-sales lebih yakin—kerana saya sendiri pakai servis mereka, support yang membantu dan cepat membalas/bertindak. Cuma perlu difahami ada limitasi apa yang mereka boleh bantu disebabkan seller adalah dari pelbagai lapisan, syarikat dan individu. Terdapat perkara diluar kawalan, dan kita boleh cuba elakkan, jangan skip baca panduan dibawah kalau nak mula beli barang dari jepun.
Sebagai collector dan seller saya memang akan terus beli barang dari Jepun, fokus pada line-up Kamen Rider/Tokusatsu, dan bawa masuk stok yang peminat Malaysia sedang cari. Dengan sokongan platform seperti LeTao—auction tools yang mesra pengguna, pembayaran dua fasa yang jelas, opsyen konsolidasi, serta promosi bulanan—projek kecil seorang collector boleh berkembang jadi bisnes yang berkhidmat untuk komuniti.
Kalau anda sedang berkira-kira nak mula, saya sarankan: pilih satu “grail” dulu, ikut step-by-step di bawah, pantau promosi, dan enjoy rasa “thrill” bila parcel Jepun pertama sampai depan pintu. Ia mungkin detik yang ubah hobi jadi perjalanan jangka panjang.
Perkongsian Pengalaman
Dalam seminggu juga saya “menyelam”, akhirnya jumpa satu DX Kiva yang memang lama saya cari, muncul di Yahoo Auction Jepun. Inilah antara kelebihan kalau kita beli barang dari Jepun melalui LeTao – banyak koleksi rare yang susah nak jumpa di Malaysia memang ada dekat sana. Lepas menang bid, terus saya buat pembayaran harga barang. Kebetulan masa tu LeTao tengah buat promosi 0% service fee dan juga diskaun penghantaran antarabangsa EMS. Memang jimat dekat penghantaran.
Tak lama lepas tu, dalam 7 hari selepas menyelam lagi, saya ternampak ada orang nak lepaskan set peribadi Kamen Rider Zero-One. Tanpa tunggu lama, saya terus beli. Disebabkan barang pertama saya belum sampai 21 hari di gudang LeTao, saya boleh gabungkan semua barang dalam satu shipment. Inilah antara cara boleh digunakan untuk jimat kalau nak beli barang dari jepun.
Selepas saya selesaikan 2nd Payment, lebih kurang 7 hari kemudian(tak termasuk cuti sabtu, ahad) bungkusan pun selamat sampai ke rumah. Jadi, total perjalanan saya ni lebih kurang sebulan – dari menyelam, membeli, sampai barang dihantar.Â
Bila bungkusan sampai je ke tangan, benda pertama saya buat adalah ambil gambar dan rakam video unboxing sebagai bukti penerimaan. Ini penting guys, untuk rekod sendiri dan juga untuk claim jaminan penerimaan LeTao. Cuma kena ingat, jaminan ni terhad pada barang yang mereka boleh uruskan. Sebab tu kalau kita nak beli barang dari Jepun dengan selamat, lebih baik siap sedia dengan ilmu cukup sebelum mula “menyelam” dalam platform LeTao.my.
Kondisi Barang
Barang sampai dalam keadaan kemas dengan packaging yang simple tapi cukup selamat. Setiap item dibalut dengan bubble wrap secukupnya supaya tak bergerak dalam kotak, jadi terlindung daripada hentakan atau calar sepanjang perjalanan.
Lepas saya keluarkan dari kotak, terus saya cuba semua fungsi elektronik yang ada. Alhamdulillah, semuanya berfungsi dengan baik, sama seperti yang saya harapkan.
P/S: Kalau ada yang minat dengan DX KIVA BELT tu boleh beli disini ya. Vault Genesix
Proses Beli Barang Dari Jepun
Untuk panduan ni Saya pilih guna LeTao sebab mereka boleh tolong beli dari platform Jepun(Proxy) macam Mercari dan Rakuten, kemudian ship terus ke Malaysia, mudah, cepat dan memfokuskan pembelian dari Malaysia, mereka juga ada HQ di Malaysia.
Proses utama dia ada dua payment:
- First Payment → bila beli barang tu.
- Second Payment → bila parcel dah masuk warehouse, kita pilih shipping method ke Malaysia.
Dalam dashboard LeTao, saya boleh track semua status. Bila parcel sampai, terus dapat notifikasi – senang, transparent, tak pening.
Step-by-Step: Cara Beli Barang dari Jepun Melalui LeTao
1. Akaun & Verifikasi
Daftar akaun di LeTao.my dan lengkapkan pengesahan nombor telefon. Jangan lupa juga masukkan referral code: 0tz22Hzdbk ini penting, sebab ada ganjaran, jika beli rm99 keatas, korang akan dapat kupon pilihan cashback atau diskaun shipment bernilai RM19.90Â

2. Cari Barang
Guna carian LeTao untuk Yahoo! Japan Auctions (untuk lelong/Buy-It-Now), Rakuten (kedai runcit Jepun), atau Mercari (marketplace 2nd hand). Antara kategori yang popular untuk collector: Toys & Games → Tokusatsu & Heroes, Figures, Trading Cards, Cameras & Lenses, Streetwear, dan sebagainya.
Untuk Carian Barang terdapat 2 cara yang saya gunakan untuk membeli iaitu:
- “Auction/Bid” (Lelong)
Kalau item dalam auction, letak bidaan. Yahoo! Auctions ada ciri auto-extend: bila ada bid dalam 5 minit terakhir, masa akan auto tambah 5 minit—jadi “last-minute snipe” tak semestinya menang. Anda juga akan nampak label “Buy directly” kalau penjual set harga belian segera. - “Direct Buy / Buy-It-Now”
Untuk item yang boleh terus beli, klik beli dengan harga yang dinyatakan—tak perlu tunggu auction tamat. (Sesuai untuk item yang rare dan berisiko kena “sambar”.)
3. First Payment (Bayaran Pertama)

Lepas anda menang bid / buat pesanan, anda akan selesaikan First Payment. Komponen lazim First Payment merangkumi harga produk + servis fee (OEM/service).Â
4. Barang Tiba di Gudang Jepun
Bila parcel sampai gudang, anda boleh gabungkan (consolidate) beberapa item untuk jimat kos per kg. Nota: berat caj ikut berat sebenar atau volumetrik (L×W×H/5000)—yang mana lebih tinggi.
- 1 barang boleh disimpan selama 30 hari secara percuma.
- Untuk consolidate, item pertama sampai dalam masa 21 hari boleh digabungkan dengan item sampai kemudian, tetapi jika item pertama lebih 21 hari, ia tidak boleh digabungkan.
5. Second Payment (Bayaran Kedua) & Pilih Shipping
Sebelum dihantar ke Malaysia, buat Second Payment—ini biasanya meliputi
- cukai konsumsi Jepun (10%) jika berkenaan
- yuran pindahan bank Jepun
- pos domestik di Jepun (seller → gudang).
- pos antarabangsa (EMS/Air/Surface).
Anda boleh rujuk pilihan “International Shipping Methods: EMS/Air/Surface (Japan Post)” di paparan anggaran kos.
Paling cepat dan murah adalah EMS, Letao kerap membuat promosi harga penghantaran EMS, pastikan korang check promosi-promosi terkini letao untuk jimat lebih banyak
6. Tracking & Terima Barang
Selepas Second Payment, anda akan dapat tracking untuk pantau perjalanan parcel sehingga sampai ke alamat anda. (Jika ada isu/kerosakan ketika transit antarabangsa, LeTao jelaskan polisi perlindungan/kompensasi yang berkaitan dalam “Four Guarantees”.)
Kalau menggunakan pilihan EMS untuk penghantaran, korang akan dapat tracking number di page penghantaran, tracking tu boleh digunakan di tracking POS LAJU.
Promosi Terkini
- Event “Share Your Unboxing” :
Buat posting unboxing ikut syarat, dan dapat RM25 + RM25 reward (cashback) selepas content diluluskan. Ada proses semakan/approval; jika tak lepas, boleh resubmit dalam 7 hari (limit 3 cubaan), dan cashback masuk dalam 7 hari selepas diluluskan.
letao.my - New User / First Order Deals:
Ada kempen 50% OFF(limit 2000 yen(RM60)) + Free Service & Shipping untuk pengguna pertama (masa terhad) dan juga shipping voucher yang ditolak ketika Second Payment (contoh potongan ~RM20; sah 14 hari). Tengok halaman event aktif di bulan ini. - Invite Friends (Refer-a-Friend):
Ganjaran cashback (contoh RM19.99) untuk rujukan berjaya—cashback boleh guna pada First Payment dan ada tempoh luput 14 hari. - Daily Login / Check-in Rewards (LeTao Dollar):
LeTao jalankan kempen daily check-in 7 hari untuk unlock reward berperingkat. Ada juga rujukan bahawa LeTao Dollar boleh digunakan mengurangkan kos produk (mengikut syarat). Pastikan rujuk notis/announcement dalam akaun sebab struktur ganjaran boleh berubah mengikut kempen semasa.
Menyelam menggunakan LeTao sebagai proxy di Jepun memang banyak memudahkan urusan. Sama ada anda seorang collector yang nak lengkapkan koleksi rare, ataupun seller yang baru nak mula cuba import barang, nasihat saya – mulakan dengan jumlah kecil dulu. Banyakkan membaca, bertanya, dan biasakan diri dengan prosesnya.
Kalau anda beli di platform online Jepun terutama auction (bid), pastikan tetapkan bajet siap-siap. Ini penting supaya tak terbeli barang pada harga terlalu tinggi hanya kerana nak menang bid.
Kalau ada soalan atau nak tahu pengalaman lebih lanjut, tinggalkan komen di bawah – saya akan cuba bantu mana yang mampu.
Akhir kata, selamat menyelam dan semoga berjaya beli barang dari Jepun dengan pengalaman yang menyeronokkan!