Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

Overwatch Free Trial: Main Secara Percuma Sehingga 2 Januari Ini

Overwatch Free Trial boleh diakses bermula dari 20 Disember hingga 2 Januari. Rekod pemain baharu akan disimpan dan boleh disambung jika pembelian permainan itu dilakukan selepas tamat tempoh percubaan.

  • Pemain boleh bermain permainan secara percuma dari 20 Dis hingga 2 Jan
  • Percubaan tersedia pada semua platform, kecuali Nintendo Switch
  • Rekod pemain akan disimpan selepas tamat tempoh percubaan

Apa itu Overwatch?

Overwatch adalah salah satu permainan e-sukan yang popular satu ketika dahulu. Diketogorikan sebagai first-person shooter, permainan ini memerlukan pemain berlawan 6v6 di mana pemain akan merebut kawasan di pertengahan peta menggunakan watak yang mempunyai kebolehan-kebolehan unik tertentu dan mengutamakan strategi permainan berpasukan.

Pada waktu ini permainan seakan yang popular sepertinya boleh dikatakan Valorant, seperti Valorant setiap watak mempunyai set keupayaan istimewa yang berasaskan peranan yang dibawa iaitu Offense, Defense, Tank, dan Support.

Video Overwatch Cinematic

Overwatch juga mempunyai sejumlah koleksi animasi pendek yang menarik ditonton.

Untuk melihat koleksi penuh anda boleh lawat youtube rasmi overwatch.

Apa yang terdapat dalam Percubaan?

Pemain boleh masuk ke dalam permainan dan mengakses

  • Semua 32 wira
  • Mod quick play, arcade, dan custom game.

Overwatch juga tersedia dengan permainan silang bermaksud semua platform akan dapat bermain bersama. Perlu diingatkan bahawa perlawanan ranked tidak tersedia semasa tempoh percuma.

Ia juga harus dikatakan bahawa mereka yang berminat untuk mencuba permainan secara percuma tidak perlu risau tentang rekod permainan mereka. Ia akan disimpan dan boleh meneruskan rekod sebelumnya jika memutuskan untuk membelinya.

Bagi mereka yang berminat dengan genre first-person shooter, ingin mencuba permainan ketika cuti sekolah atau cuti akhir tahun, merupakan peluang yang menarik untuk didapatkan.

Cara-Cara

Overwatch Free Trial ini ditawarkan kepada:

  • Pemain di PC dengan akaun Battle.net,
  • Pemain PlayStation dengan keahlian PlayStation Plus
  • Pemain Xbox dengan keahlian Xbox Live Gold.

Nintendo Switch tidak termasuk dalam tempoh percubaan percuma ini.

Anda boleh dapatkan Overwatch mengikut pelantar yang disediakan secara percuma di Battle.net, PlayStation dan Xbox secara percuma sekarang.

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.