NewEra Homebois Berakhir
Home EsukanNewEra Homebois Berakhir Dengan Pemergian Ivan, Vell & Coach Erpang

NewEra Homebois Berakhir Dengan Pemergian Ivan, Vell & Coach Erpang

by Khalid Zainal
0 comments

Homebois mengesahkan perpisahan dengan Vincentsius “Ivan” Adrianto, Kenley “Vell” Zefanya, dan Coach Ervan “Erpang” Pratama Hasan (pinjaman dari Geek Fam ID) — trio yang menjadi wajah utama #NewEra pasukan.

Walaupun tempoh mereka bersama Homebois tidak panjang, impaknya besar: membina momentum, mengubah persepsi, dan mengembalikan pasukan ini sebagai pencabar serius di pentas tempatan serta antarabangsa. Kini, langkah seterusnya Homebois bakal dinantikan.

Pencapaian New Era Homebois: MPL MY S16 → MSC 2025 @ EWC

MPL MY Musim 16
Muncul Naib Juara selepas tewas kepada Selangor Red Giants (SRG) di Grand Final.
Pencapaian ini mengakhiri kemarau playoffs musim sebelumnya dan menandakan permulaan #NewEra Homebois.
Trio Ivan, Vell, dan Coach Erpang menjadi kunci kebangkitan pasukan.
Mid-Season Cup (MSC) 2025 @ Esports World Cup (EWC)
Layak ke MSC 2025 selepas menjadi naib juara MPL MY S16.
Homebois menamatkan cabaran di kedudukan 9–12, membawa pulang USD 66,000 (~RM279,000).
Perlawanan Homebois mencatatkan 1.25 juta peak viewers, rekod tertinggi pasukan di pentas antarabangsa.

Dari pentas tempatan ke global, Homebois dalam era Ivan-Vell-Erpang bukan saja bangkit semula di MPL MY, malah berjaya menembusi kejohanan MSC di EWC 2025.

Jadi, perpisahan ini datang di detik yang… manis-campur-sebak: mereka telah memberikan impak besar, Mudah-mudahan Ivan, Vell, dan Coach Erpang terus berjaya ke destinasi seterusnya — dan Homebois pula akan segera memperkenalkan lineup baru yang bisa teruskan momentum #NewEra mereka.

Sumber dari mygameon

Foto dari Homebois

Add Comment