Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

MPL MY Musim 8: Senarai Terkini Pemain Setiap Pasukan

0

MPL MY Musim 8 kali ini pelbagai pertukaran dan perubahan yang dilakukan setiap pasukan bagi menambah baik pasukan masing-masing. MPL MY telah menggumumkan beberapa barisan pemain yang akan mewakili pasukan yang layak bertanding musim ke-8.

Pada musim ini antara kejutan yang tidak disangka adalah dengan kembalinya Team bosskurr setelah terkeluar sebagai pasukan jemputan.

TEAM BOSSKURR

Pasukan Rahasia adalah sebuah pasukan baharu yang mendapat slot dengan memenangi pusingan kelayakkan, kini sudah bernaung di bawah organisasi Team Bosskurr.

Kita mungkin akan disajikan dengan corak permainan berlainan Team Bosskurr sebelumnya, disebabkan kali ini barisan akan dibarisi dua pemain veteran dari Orange Esports, Aim, Neo dan Kuja sebagai jurulatih dan juga menampilkan Squpoz (pemain Team Bosskurr pada musim keenam) dan pemain baru MPL MY, Sonic yang akan menjadi jungler. Sonic merupakan pemain dari Mad Esports.

Diharapkan kejutan ini mampu memperbetulkan kembali imej Team Bosskurr.

  • Sonic – Jungler
  • Aim – Mid
  • Squpos – Offlaner
  • Fayde – Offlaner
  • Neo – Offlaner
  • Ray – Flex

RSG MY

Bagi pasukan Juara MPL MY musim 7 yang lepas, mereka masih mengekalkan sejumlah besar barisan pemain, walaupun terdapat kontrovosi seperti SYNO, RSG MY kali ini. Mereka hanya membawa masuk Mom (bekas pemain Orange Esports) ke dalam pasukan untuk menggantikan Leixia yang ingin berehat dari kejohanan besar.

  • Mom – Jungler
  • Leixia – Jungler
  • Logan – Mid
  • Izanami – Mid
  • Kaizerjin – Offlane
  • Lolealz – Offlaner
  • Zaraki – Offlaner
  • Zacus – Tank

ORANGE ESPORTS

Orange Esports sebelum ini telah memberhentikan kesemua pemain mereka dan membentuk barisan pemain baru yang akan dibarisi kembar dari pemain Reborn Esport Min dan Man, bersama beberapa ahli dari Team Lunatix (Pasukan akademi dari Orange Esports).

Bagaimana Orange Esports akan bermain pada kejohanan kali ini masih lagi tidak dapat dibayangkan, barisan ahli pasukan sebelumnya cukup kuat untuk bertanding di MPL MY, semestinya diharapkan barisan baru ini mampu membawa nama Orange Esports lebih tinggi lagi kali ini, jika tidak, mereka akan ditumbangkan oleh bekas-bekas pemain mereka.

  • Linkezaa – Jungler
  • Isonic – Mid
  • Mannn – Mid
  • Ahmad Jinnie – Roamer
  • Minnn – Gold Lane
  • Valenz – Gold Lane
  • SitiNursana – Gold Lane
  • Iris – Exp Lane

SUHAZ ESPORTS

Suhaz Evos juga akan mengekalkan barisan pemain yang sama dengan penambahan Mali dari Orange Esports, dan tidak lagi bersama organisasi Evos seperti sebelumnya. MPL MY Musim 8 kali ini mereka akan bertanding atas nama Suhaz Esports.

  • Box – Jungler
  • AJ – Mid
  • D Ace – Roamer
  • HYHY – Gold Lane
  • Eavy – Exp Lane
  • Mali – Flex

RED ESPORTS

Tiada sebarang perubahan yang dibuat untuk pasukan ini yang diketahui.

  • Mal – Jungler
  • Cakbu – Mid
  • Ash – Mid
  • Heri – Offlane
  • Eren – Offlaner
  • Haru – Tank

GEEK FAM

Geek Fam difahamkan akan mengekalkan barisan pemain mereka, di musim sebelumnya Geek Fam telah membawa masuk 2 orang pemain dari Indonesia, dan Xorn yang merupakan pemain paling berpengalaman di MPL (bermain bermula pada musim 1 hingga 8) juga akan bersama dengan harapan mengulangi merangkul kejuaraan seperti pada musim ke-3 MPL MYSG.

  • Maima – Jungler
  • Nellbie – Mid
  • Panda – Offlane
  • Lilbee – Offlaner
  • Artz – Offlaner
  • Xorn – Flex
  • Dominus – Flex

TEAM SMG

Pasukan SMG yang telah menyertai MPL sejak musim kelima kembali dengan slot jemputan. Untuk musim kali ini, Jamesss akan terus menjadi jurulatih mereka dan apa yang menarik adalah jungler mereka Deto yang merupakan seorang pemain termuda di MPL MY yang hanya berusia 16 tahun. Selebihnya masih belum diketahui.

  • Deto – Jungler
  • Zaim Sempoi – Mid
  • Xpedia – Mid
  • Syf – Roamer
  • Myzer – Offlane
  • Smooth – Offlaner
  • Sasa – Offlaner
  • Long – Offlaner

HOMEBOIS

Barisan pemain mereka masih lagi kelihatan sama seperti sebelumnya cuma dengan kemasukkan bekas pemain Todak iaitu Vins. Desas desus juga mengatakan Aul akan bermain untuk musim ini.

  • Chibi – Jungler
  • Vins – Mid
  • Saiful – Mid
  • Ijatojang – Roamer
  • Aul – Offlane
  • Irfan – Offlaner
  • Anip – Flex
  • Avaaa – Flex

SDGR EA EBLZ

Bermula dari bermain di restoran mamak, pasukan baru MPL ini berjaya mendapatkan slot dengan memenangi pusingan kelayakan, pasukan ini memberikan kejutan dengan rekod tanpa kalah di upper bracket playoff.

Jurulatih mereka Cr1tics merupakan bekas jurulatih RSG untuk musim 7 lepas. Pastinya pasukan ini akan menjadi salah satu pasukan yang dinantikan untuk beraksi di pentas MPL MY Musim 8.

Mereka akan dibarisi pemain baru MPL iaitu;

  • Kuz4 – Jungler
  • Sori – Mid
  • Mayoz – Offlaner
  • Levii – Offlaner
  • Mevi – Tank

TODAK

Nama yang tidak asing lagi dengan rekod tanpa kalah di MPL MYSG, wakil Malaysia di MSC 2021, 2 kali di kejohanan dunia MLBB M1 (tempat ketiga) dan M2. Satu pasukan yang terkuat di Malaysia.

Dilihatkan bekas pemain Orange Esports juga akan menyertai barisan Todak kali ini dengan Delus (kini Ajiq) sebagai jungler kedua dan pemain baru MPL MY iaitu YumS sebagai tank manakala Vins, Stoo dan Xray pula tidak lagi bersama organisasi. Selebihnya sama seperti musim lalu.

Todak juga kini mempunyai penganalisis baru iaitu Hazim. Beliau pernah menjadi penganalisis bagi beberapa pasukan MLBB sebelum ini. Ternyata ini merupakan cabaran yang besar bagi Hazim, kerana membawa harapan penyokong dan merupakan sebuah pasukan terkuat di MPL MY.

  • Ciku – Jungler
  • Ajik – Jungler
  • Moon – Mid
  • Momo – Offlane
  • 4Meyz – Offlaner
  • Yums – Tank
  • Moyy – Tank

Anda boleh melihat berisan pemain MPL MY musim 7 disini.

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.