Seperti yang diumumkan oleh kerajaan, rakyat Malaysia yang memenuhi syarat untuk Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dapat menebus kredit telekomunikasi percuma atau subsidi untuk membeli telefon atau peranti baru. Sebanyak RM2 bilion telah diperuntukkan dan ini bertujuan untuk membantu 8 juta rakyat Malaysia yang layak dengan keperluan mereka untuk berhubung. Maxis telah mendedahkan program subsidi yang terbuka untuk pelanggan pascabayar dan prabayar di Maxis dan Hotlink melalui program Maxis Jaringan Prihatin.
Bantuan ini akan dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kategori berkeluarga dan belia/bujang. Lihat tawaran yang ditawarkan bagi program Maxis Jaringan Prihatin;
Subsidi Pelan Maxis Jaringan Prihatin
Kedua-dua kategori ini memiliki pelan yang sama, hanya berbeza dari segi jumlah subsidi, dimana kategori 1 bernilai RM180 dan kategori 2 sehingga RM300,
Anda juga perlu memilih diantara subsidi kredit/bil atau subsidi telefon bimbit
Bagi pelan perkhidmatan subsidi kredit/bil dari maxis, anda perlu mendaftar ke pelan maxis dengan kontrak selama setahun (12/24 Bulan)

Kategori 1, Bujang dan kahwin; tiada anak
Pilih salah satu 4 pelan dibawah;
Subsidi Kredit Prabayar Hotlink
RM180 (RM15 x 12 bulan) + 2GB 1 jam setiap hari percuma
Subsidi Bil Pascabayar Hotlink
RM180 (RM15 x 12 bulan) + 2GB 1 jam setiap hari percuma
Subsidi Bil Pascabayar Maxis
*Kecuali Maxis Fibre broadband tanpa talian mudah alih
RM180 (RM15 x 12 bulan) + 2GB 1 jam setiap hari percuma
Subsidi Telefon Pintar Pascabayar Hotlink
RM180 diskaun dari harga telefon pintar + 2GB 1 jam setiap hari percuma
Kategori 2, Bujang dan kahwin; ada anak
Pilih salah satu 4 pelan dibawah;
Subsidi Kredit Prabayar Hotlink
RM180 (RM15 x 12 bulan) + 2GB 1 jam setiap hari percuma
Subsidi Bil Pascabayar Hotlink
RM180 (RM15 x 12 bulan) + 2GB 1 jam setiap hari percuma
Subsidi Bil Pascabayar Maxis
*Kecuali Maxis Fibre broadband tanpa talian mudah alih
RM180 (RM15 x 12 bulan) + 2GB 1 jam setiap hari percuma
Subsidi Telefon Pintar Pascabayar Hotlink
RM300 diskaun dari harga telefon pintar + 2GB 1 jam setiap hari percuma
Subsidi kredit/bil
Anda boleh memilih pelan sedia ada maxis, dan tebus RM180 (RM15 x 12 bulan) melalui aplikasi maxis
Subsidi Telefon Pintar
Untuk mendapatkan subsidi telefon, anda diwajibkan/datang sekali dengan pelan Hotlink Postpaid 60!
Langganan ini RM60 selama setahun membolehkan anda memilih telefon yang ditawarkan pada harga subdidi RM180 bg kategori 1 dan RM300 bagi kategori 2.
Telefon yang ditawarkan boleh berubah mengikut perubahan dari maxis, antara telefon yang ditawarkan;
Kategori 1
- Vivo Y20 2021
- Vivo Y12s
- Realme C21
- Oppo A15s

Kategori 2
- Oppo A54
- iPhone VR 128gb

Cara Memohon Maxis Jaringan Prihatin
Kredit/Bil
Prepaid
Langkah 1: Pendaftaran
- Buka aplikasi Hotlink
- Klik “Beli”
- Klik banner “Jaringan Prihatin”
- Masukkan no.kad pengenalan anda
- Tunggu pengesahan SMS
Langkah 2: Penebusan RM15 kredit percuma setiap bulan & pembelian pas Internet
- Buka aplikasi Hotlink
- Klik “Beli”
- Klik banner “Jaringan Prihatin”
- Klik “Lihat Pas Bulanan”
- Pilih pas internet anda yang telah disubsidikan
- Tunggu pengesahan SMS
Postpaid
Langkah 1: Pendaftaran
- Buka aplikasi Maxis/Hotlink Postpaid
- Klik “Beli”
- Klik banner “Jaringan Prihatin”
- Masukkan no.kad pengenalan anda
- Tunggu pengesahan SMS
Langkah 2: Penebusan RM15 subsidi bil selama setahun. (Tebus sekali & bil disubsidikan secara automatik setiap bulan)
- Buka aplikasi Maxis/Hotlink Postpaid
- Klik “Beli”
- Klik banner “Jaringan Prihatin”
- Klik “Tebus”
- Tunggu pengesahan SMS
Telefon Bimbit
Anda boleh menebus telefon bimbit anda di kedai Maxis/Hotlink berdekatan.
Sila ke pautan ini untuk menyemak kedai berdekatan anda.
Baca Juga : Mengenai Jaringan Prihatin & Cara Pembatalkan Permohonan, YES Jaringan Prihatin Tanpa Bayaran Selama Setahun