Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

League of Legends Jinx menyertai Fortnite dalam crossover Riot

Kini secara rasmi Jinx menyertai Fortnite sebagai “skin” baharu, hasil perkongsian terkini Riot dan Epic Games. Ini akan menandakan kali pertama watak LoL hadir ke permainan lain bersama crossover PUBG Mobile yang diumumkan pada hari Selasa. Berita yang lebih besar ialah Riot juga membawa keseluruhan senarai permainannya ke Epic Games Store, menandakan kali pertama permainan mereka iaitu League of Legends PC, Teamfight Tactics, Legends of Runeterra dan VALORANT boleh didapati pada platform selain daripada pelancar Riot sendiri.

Kedua crossover yang berlangsung ini merupakan sempena tayangan siri animasi Arcane, Riot Games dan Epic Games kali ini berkolaborasi melalui permainan mereka dengan membawa Jinx ke dalam permainan battle royale, Fortnite.

Siri TV ini akan menerokai kisah dan cerita Vi dan Jinx — bagaimana mereka bertahan untuk hidup di dalam Kota Besi dan Kaca, dan bagaimana mereka akhirnya akan memperoleh kuasa mereka.

Peminat boleh menonton siri ini secara eksklusif di Netflix.

Jinx bundle akan mula dijual mulai 4 November jam 8 malam. Koleksi crossover Fortnite x League of Legends menampilkan tujuh kosmetik berbeza, merangkumi rekaan penuh reka bentuk berdasarkan watak:

  1. Arcane Jinx Outfit
  2. Pow Pow Crusher Pickaxe
  3. Jinxed Spray
  4. Jinx’s Dream Monkey Back Bling
  5. Playground (Instrumental) Lobby Track
  6. Wreaking Havoc Loading Screen
  7. Katchoo! Loading Screen

Beberapa gambar kosmetik

Wreaking Havoc Loading Screen

Katchoo! Loading Screen

Jinxed Spray

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.