Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

Liga eMAS 2022: Infomasi Jadual Dan Keputusan Kejohanan

0

Malaysian Esports Federation (MESF) telah mengumumkan liga kebangsaan rasmi esukan Malaysia, yang dikenali Liga eMAS 2022. Ia akan mempunyai dua musim setiap tahun, dengan musim pertama bermula Ogos dan berlangsung sehingga November.

Presiden MESF Ananth S Nathan berkata bahawa Liga eMAS adalah satu inisiatif untuk “meningkatkan esukan di negara ini”. Beliau juga menambah bahawa ia akan “mewujudkan ekosistem esukan yang mampu mencungkil bakat baharu” yang akan terus mewakili negara pada masa hadapan.

Liga eMAS akan memberikan peluang mencukil bakat sama ada secara individu atau pasukan, untuk berlatih secara konsisten. Musim pertama juga akan menentukan sama ada peserta berada di bawah Liga Pro atau Bahagian Satu untuk musim seterusnya.

Status Kejohanan

Sedang Berlangsung

Keputusan Terkini

– Akan Dikemaskini –

Jadual Liga eMAS 2022

  • Pendaftaran – 1-30 Ogos
  • Kelayakkan Terbuka – 3 – 18 September
  • Peringkat Liga – 24 September – 13 November
  • Peringkat Akhir – 25-27 November

Pendaftaran Liga eMAS 2022

Bagi menyertai Liga eMAS segala urusan pendaftaran adalah melalui laman rasmi mesf. Gunakan pautan dibawah mengikut permainan yang ingin anda sertai dibawah.

Pautan Pendaftaran

Syarat-Syarat

Antara syarat asas yang perlu dipatuhi:

  • Pendaftaran adalah percuma. Tiada bayaran diperlukan untuk menyertai LIGA eMAS.
  • Kelayakan kejohanan dan liga akan diadakan dalam talian di mana playoff akan diadakan di Esports City Arena, Quill City Mall.

Pasukan

  • Apabila mendaftar dengan Liga eMas 2022. Pasukan juga perlu memberikan nama singkatan Pasukan, 2 hingga 4 aksara.
  • Penganjur mempunyai hak terakhir untuk meluluskan nama dan logo Pasukan.
  • Pasukan mesti menyerahkan Senarai Pemain Aktif kepada Penganjur Acara, termasuk lima pemain utama dan sekurang-kurangnya seorang Pengganti

Pemain

  • Pemain mestilah berumur 16 tahun ke atas.
  • Pemain mestilah warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan yang sah.
  • Nama Pemain tidak boleh mengandungi nama penaja, tidak boleh serupa dengan mana-mana jenama, juga sebarang nama pemain yang boleh menyebabkan salah faham tidak dibenarkan.

Untuk syarat penuh sila baca di dokumen kejohanan dalam talian yang disediakan.

Hadiah

Keseluruhan berjumlah RM 80,000 untuk 4 permainan:

  • Tempat Pertama : Rm 6,000
  • Tempat Kedua : Rm 3,500
  • Tempat Ketiga – Keempat : Rm 2,000 setiap kedudukan
  • Tempat 5 : Rm 1,000
  • Tempat 6 : Rm 900
  • Tempat 7 : Rm 800
  • Tempat 8 : Rm 740
  • Tempat 9 : Rm 700
  • Tempat 10 : Rm 650
  • Tempat 11 : Rm 600
  • Tempat 12 : Rm 500
  • MVP : Rm 100
Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.