Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

Jujutsu Kaisen Season 2: Infomasi Penuh, Sinopsis, Watak & Suara Latar.

0

Bagi peminat anime Jujutsu Kaisen, ada berita baik buat anda! Jujutsu Kaisen Season 2 ini akan mula ditayangkan pada 6 Julai 2023. Trailer terbaru telah didedahkan semasa acara Anime Japan 2023. Terdapat beberapa maklumat penting mengenai musim terbaru ini yang perlu anda ketahui.

Musim kedua ini akan mempunyai 24 episod, sama seperti musim pertama. Kita akan melihat fokus kepada dua arc utama, iaitu “Gojo’s Past” dan “Shibuya Incident”.

Dalam arc pertama, kita akan melihat lebih banyak tentang kisah latar belakang Satoru Gojo dan Suguru Geto yang ditugaskan untuk mengiringi Star Plasma Vessel ke Master Tengen. Apabila mereka diserang oleh pembunuh tukang sihir terkenal, Toji Fushiguro, dapatkah mereka bertahan? Dan apakah yang akan terjadi selepas ini?

Dalam arc kedua “Shibuya Incident”, kita melihat bagaimana Suguru Geto merancang rancagan jahatnya dan menempatkan tirai untuk memerangkap penduduk Shibuya. Satoru Gojo bersama Megumi Fushiguro dan Nobara Kugisaki terpaksa berhadapan dengan pelbagai rintangan dan musuh baru yang lebih kuat dalam usaha menyelesaikan insiden ini.

Selain itu, senarai watak bersama suara latar yang akan terlibat dalam musim kedua ini juga telah didedahkan:

  • Yuji Itadori oleh Junya Enoki,
  • Nobara Kugisaki oleh Asami Seto,
  • Megumi Fushiguro oleh Yuma Uchida,
  • Satoru Gojo oleh Yûichi Nakamura,
  • Ryomen Sukuna oleh Jun’ichi Suwabe.

Bersama senarai watak lain yang belum diketahui suara latarnya:

  • Toji Fushiguro,
  • Riko Amanai,
  • Master Tengen.

Musim kedua ini boleh ditonton di Crunchyroll, Netflix, Disney+ dan Funimation.

Ini semua adalah maklumat terkini yang kami ada mengenai musim kedua anime Jujutsu Kaisen. Walaupun tayangan masih beberapa bulan lagi, kami mengesyorkan anda menonton anime dari MAPPA Studios yang lain, Chainsaw Man yang finale-nya akan ditayangkan. Jangan lupa berkongsi pendapat anda di ruangan komen di bawah, watak mana yang anda paling ingin lihat dalam musim kedua ini.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menonton Jujutsu Kaisen Season 2 pada Julai nanti dan saksikan sendiri kisah-kisah menarik yang akan dipertontonkan!

Sumber rujukan dari Gamer Santai dan Mappa

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.