Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

Initiatif Jaringan Prihatin Percuma Data & Telefon Subsidi Sehingga RM300

0

Ketahui maklumat penuh, cara permohonan dan cara membatalkan initiatif Jaringan Prihatin Percuma Data & Telefon Subsidi Sehingga RM300, diperkenalkan sebagai sebahagian dari Belanjawan 2021 untuk membantu meringankan beban kewangan warganegara Malaysia.

Apa Itu Jaringan Prihatin

Seperti yang diumumkan di Belanjawan 2021 yang lepas oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, program Jaringan Prihatin bernilai RM3.5 bilion dilancarkan untuk membantu langganan rancangan internet jalur lebar dan pembelian peranti telefon pintar mudah alih. Jaringan Prihatin adalah inisiatif di mana rakyat Malaysia yang layak dapat menikmati internet percuma setiap hari melalui subsidi telco yang dapat diterapkan untuk pembelian peranti baru.

Lebih tepat lagi, warganegara Malaysia yang layak boleh menuntut data mudah alih 2GB secara percuma  setiap hari bersama dengan pilihan sama ada rebat RM15 sebulan untuk satu tahun keseluruhan atau subsidi hingga RM300 ketika membeli peranti baru. Ini boleh dituntut dari syarikat telekomunikasi, iaitu Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, Unifi, dan YES.

Ini juga sah untuk Operator Rangkaian Maya Bergerak seperti redONE, SpeakOut, Tune Talk, Yoodo, XOX, dan Mcalls.

Setiap telco akan mempunyai cara tersendiri untuk menyebarkan faedah Jaringan Prihatin, dan kami akan melaporkan setiap telco tersebut disini sehingga anda mempunyai idea untuk memillih pakej ditawarkan syarikat telekomunikasi.

Siapa yang layak?

Semua rakyat Malaysia yang sudah layak menerima BPR akan layak mendapat pakej telekomunikasi bersubsidi. Untuk mengetahui sama ada anda layak, masukkan maklumat anda ketika mendaftar pakej jaringan prihatin di syarikat komunikasi yang terlibat secara dalam talian.

Program ini terbuka untuk semua rakyat Malaysia yang layak berumur 18 tahun keatas, termasuk pendaftaran baru dan pelanggan sedia ada, pendaftaran MNP, penukaran prabayar ke pasca bayar, dan peningkatan Pas. Jaringan Prihatin sah selama 12 bulan dari tarikh pendaftaran, dengan tempoh pendaftaran bermula dari 5 Mei 2021 (hari ini) hingga 31 Julai 2021.



Senarai Syarikat Telekomunikasi Terlibat Initiatif Jaringan Prihatin Percuma Data & Telefon Subsidi Sehingga RM300:

Celcom: https://www.celcom.com.my/personal/jaringan-prihatin
Digi: https://digi.my/prihatin
Maxis: https://www.maxis.com.my/jaringanprihatin
Mcalls: https://mcalls.asia/jaringanprihatin
redONE: https://www.redone.com.my/promotion/bpr
speakOUT: https://speakout.asia/jaringanprihatin
Tune Talk: https://www.tunetalk.com/my/en/jaringanprihatin⠀
U Mobile: https://www.u.com.my/jaringanprihatin
unifi Mobile: https://www.unifi.com.my/jaringanprihatin
XOX Mobile: https://xox.com.my/jaringan-prihatin-bm
YES: https://www.yes.my/kasiupB40⠀
Yoodo: https://www.yoodo.com.my/jaringanprihatin

Diantara kesemua pakej, hanya syarikat telekomunikasi YES memberikan pakej tanpa sebarang bayaran yang disertakan dengan telefon percuma, pelan data internet selama setahun, kupon RM50 shoope dan aplikasi belajar dari rumah. Baca Disini

Cara Mendaftar Pakej Jaringan Prihatin Percuma Data & Telefon

  1. Cara mendaftar adalah sangat mudah.
  2. Hanya perlu ke salah satu laman diatas.
  3. Kemudian tekan pada pautan seperti tuntut, daftar dll (berbeza mengikut syarikat telekomunikasi).
  4. Semak kelayakkan.
  5. Daftar maklumat peribadi seperti dipinta.
  6. Tunggu pengesahan dari syarikat telokomunikasi sama ada melalui emel atau nombor telefon anda.




Cara Membatalkan Jaringan Prihatin

Jika anda tersalah memilih atau merasakan terdapat pelan lain lebih berbaloi, anda boleh memohon membatalkan pelan tersebut dan mengikuti langakah dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Perkara ini diumumkan melalui Kementerian Kewangan Malaysia melalui sebuah hantaran di Facebook.

Untuk membuat pembatalan atau pendaftaran semula di syarikat telekomunikasi yang berbeza, anda boleh mengikuti langkah-langkah dibawah;

  1. Hubungi syarikat telekomunikasi yang telah anda daftarkan untuk Program Jaringan Prihatin tempoh hari.
  2. Batalkan pelan Jaringan Prihatin yang sedang anda langgani.
  3. Lakukan pendaftaran semula dengan syarikat telekomunikasi baharu setelah 30 hari dari tarikh langganan terakhir anda.

NOTA: Anda layak untuk menukar sebanyak MAKSIMUM 3 kali sepanjang Program Jaringan Prihatin selepas 30 hari dari tarikh pendaftaran.

Infografik cara membatalkan Jaringan Prihatin

Contoh situasi membatalkan Jaringan Prihatin

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.