Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

HPTN e-SPORT 2021: PUBG Mobile Kategori Terbuka

0

Bersempena Hari Profesion Teknikal Negara 2021, JKR(Jabatan Kerja Raya) Malaysia dan pengurus acara iaitu Axis Esport akan menganjurkan HPTN e-SPORT 2021, iaitu kejohanan esukan PUBG Mobile. Kejohanan kategori terbuka ini boleh disertai oleh pemain dan pasukan dari Malaysia dengan slot dibuka sebanyak 512 penyertaan tanpa sebarang bayaran penyertaan. Hadiah terkumpul bernilai RM10 000 untuk dimenangi oleh peserta.

Status Kejohanan

Pendaftaran Ditutup

Pendaftaran HPTN e-SPORT 2021

Isi maklumat anda dan pasukan di pautan dibawah;
Borang pendaftaran HPTN e-SPORT PUBGM
Pendaftaran dibuka sehingga 15 November atau 512 slot telah penuh.

Syarat-Syarat

  • Setiap peserta hanya dibenarkan menyertai 1 PASUKAN SAHAJA.
  • Setiap pasukan mesti menghantar senarai empat (4) pemain (wajib) dengan satu pemain tambahan (Pilihan). Hanya pemain yang berdaftar sahaja yang boleh menyertai kejohanan ini.
  • Setiap pemain / pasukan mesti bersedia untuk data internet mereka sendiri.
  • Semua perlawanan akan dijalankan di dalam MOD ONLINE sehingga ke perlawanan AKHIR.
  • Peralatan semasa pertandingan
    • Pemain hanya dibenarkan menggunakan telefon pintar sahaja untuk bermain di dalam pertandingan ini. Peranti lain seperti tablet dan iPad tidak dibenarkan.
    • Aksesori tambahan lain seperti kabel USB, power bank dan fon kepala / fon kepala / fon telinga adalah dibenarkan.
  • Pasukan dibenarkan menggunakan atau menukar pemain simpanan untuk perlawanan lain mengikut senarai ahli pasukan yang telah didaftarkan. Sekiranya gagal mematuhi peraturan ini, pasukan tersebut akan dibatalkan kelayakannya untuk meneruskan pertandingan.
  • Semua pemain dilarang untuk adakan “live streaming” sepanjang pertandingan.

Untuk infomasi syarat dan peraturan anda boleh lihat pada pautan pendaftaran: Rule Book

Jadual

Tarikh Pendaftaran: 01 – 15 November 2021
Tarikh Pertandingan: 21 November – 04 Disember 2021

Format

Pusingan Pertama kelayakan kumpulan
32 kumpulan
512 pasukan
8 pasukan terbaik setiap kumpulan layak ke pusingan kedua

Pusingan Kedua kelayakan kumpulan
16 kumpulan
256 pasukan
4 pasukan terbaik setiap kumpulan layak ke pusingan suku akhir

Pusingan suku akhir
4 kumpulan
64 pasukan
8 pasukan terbaik setiap kumpulan layak ke pusingan separuh akhir

Pusingan separuh akhir
2 kumpulan
32 pasukan
8 pasukan terbaik setiap kumpulan layak ke pusingan akhir

Pusingan akhir
1 kumpulan
16 pasukan

Pemarkahan

Nota: Penolakan 5 markah kepada setiap pasukan yang mana pemain daripada pasukan tersebut melanggar peraturan / syarat pertandingan.

Markah kedudukan

No.1 – 15 Markah
No.2 – 12 Markah
No.3 – 10 Markah
No.4 – 8 Markah
No.5 – 6 Markah
No.6 – 4 Markah
No.7 – 2 Markah
No.8-12 – 1 Markah
No.13-16 – 0 Markah

Markah Pembunuhan

1 Mata = 1 Pembunuhan

Hadiah Terkumpul

Hadiah terkumpul keseluruhan bernilai RM10 000.

Tempat Pertama: RM 5,000
Tempat Kedua : RM 3,000
Tempat Ketiga: RM 2,000

Bersama Sijil Digital Penyertaan

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.