Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

Hab Esukan & Hotel Bertema MLBB, Pertama Dunia Di Melaka

0

Esukan di Malaysia terutama bagi permainan Mobile Legends adalah sangat popular, pemain Malaysia dilaporkan berbelanja sebanyak AS$87.5 juta di permainan ini oleh sensor tower. Beberapa tahun ini adalah tahun yang kenaikkan esukan sejak pandemik melanda negara. Hab dan hotel esukan kini semakin banyak dibuka, antaranya hab esukan dari ESI Malaysia dan hotel bertema esukan dari sem9 hotel. Dan terkini pembangun hartanah di Melaka, Hatten Land bakal bekerjasama dengan Moonton bagi melancarkan Hab Esukan & Hotel MLBB di Melaka.

Hab e-sukan bersepadu itu akan ditempatkan di pusat beli belah Element X sebelum ini cukup dikenali sebagai Elements Mall – dan akan menggunakan dekorasi Mobile Legends sebagai tema utamanya. Watak-watak Mobile Legends juga akan menghiasi bahagian luar melalui paparan gergasi yang akan disediakan.

Hatten Edge, anak syarikat milikan penuh Hatten Land, kan mengubah hotel itu menjadi hotel Esukan lima bintang dengan beberapa tingkat, ElementX juga akan terdiri daripada lokasi kejohanan esukan, serta akses kepada metaverse melalui kemudahan di disana.

Kerjasama bersama Moonton juga akan menggunakan beberapa hotel untuk dijadikan penginapan buat pemain MLBB Professional League MY setiap tahun. Mereka juga akan bekerjasama untuk menggunakan dan mempromosikan Mobile Legends di Arena X, sebuah arena e-sukan berkapasiti 1,200 penonton di Element X.

Hatten Land, melalui sidang media mereka;

“Kerjasama kami dengan Hatten Land untuk melancarkan Hub Esukan bersepadu bertema MLBB yang pertama di dunia di ElementX di Melaka merupakan satu lagi inisiatif penting untuk kami berhubung dengan pemain dan peminat kami dengan cara yang tidak dapat diberikan oleh media lain.”- Encik Fikri Rizal Mahruddin, Ketua Pemasaran MPL Malaysia, MOONTON Games

“Bersama MOONTON Games, kami berkongsi komitmen yang sama dalam mewujudkan ekosistem Esports dan permainan yang berkembang maju, mampan di Malaysia dan di seluruh rantau, meningkatkan perbelanjaan pelancongan dan memacu pertumbuhan dan peluang baharu merentasi kawasan perniagaan yang lain.”-Dato’ Colin Tan, Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Hatten Land

Hatten Land juga menandatangani perjanjian dengan dua organisasi e-sukan di Malaysia iaitu Kitamen Holdings dan Melaka eSports Association.

Alamat Element X di Melaka yang akan diubah suai Hab Esukan & Hotel MLBB: Jalan Melaka Raya 23, Hatten City, 75000 Melaka, Malaysia

Baca Juga MPL MY Musim 10.

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.