Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

Free Fire Battle In Style: Kempen Jenama Global Pertamanya

0

Garena melancarkan kempen jenama global pertamanya untuk Free Fire sejak diperkenalkan empat tahun lalu, dengan acara global Free Fire Battle In Style yang akan datang, pelbagai mod dalam permainan disediakan dan item kosmetik untuk pemain padankan watak mereka dan menghadapi pertempuran dalam permainan secara kreatif.

Dalam Battle In Style, terdapat pelbagai inisiatif dan kerjasama yang dijalankan oleh Garena Free Fire untuk memberikan pelbagai kandungan kreatif dalam permainan. Pemain boleh mengumpul beribu-ribu kombinasi penyesuaian watak mengikut gaya mereka sendiri dalam Free Fire.

Penerbit Garena Free Fire Harold Teo mendedahkan bahawa pihaknya mahu mencipta kandungan mengikut kehendak pemain. Mereka juga telah mengumpulkan maklum balas daripada pemain di seluruh dunia untuk memahami cabaran yang mereka hadapi didalam kehidupan.

“Dari situ lahirlah kempen Battle In Style sebagai forum untuk semua pemain menzahirkan kreativiti mereka ketika bermain permainan Free Fire,” kata Harold.

Sambung Harold, Battle In Style juga cuba memberi inspirasi kepada pemain untuk kekal positif walaupun ketika menghadapi cabaran hidup dengan berhenti sejenak dengan bermain permainan.

Kempen jenama ini datang dengan pelbagai aktiviti menarik.

Filem Battle In Style: Life is a Battle, Battle In Style.

Di Malaysia, sebuah filem pendek tempatan yang diilhamkan dari Raja Buah – durian – menggambarkan mesej teras dalam situasi kehidupan sebenar. Bertajuk “Attack of the Durian” menggambarkan pemain kegemaran peminat Mustachio menghadapi cabaran setiap hari dalam gayanya sendiri selepas pusingan permainan Free Fire, seterusnya menekankan intipati kempen.

Baca juga Free Fire tersenarai didalam permainan yang akan dipertandingkan Sukan SEA pada tahun hadapan

Booyah Day meraikan pelancaran jenama global pertamanya dalam permainan.

Sambutan dalam permainan ini menampilkan pelbagai ciri, tema dan item untuk digayakan oleh pemain dan menyatakan identiti unik mereka dalam permainan.

Kami akan sentiasa menawarkan cara berbeza untuk pemain mengekspresikan diri mereka dalam Free Fire, dengan kempen Battle In Style sebagai payung identiti untuk masa hadapan,” kata Harold.

Hari Booyah akan berlangsung antara 12 dan 20 November 2021.

Kempen ini akan diakhiri dengan persembahan langsung oleh T.R.A.P.

Pada kemuncak acara, peminat dan pemain akan dipersembahkan dengan rancangan strim langsung yang menampilkan kumpulan maya Free Fire, T.R.A.P., yang terdiri daripada empat watak permainan kegemaran dalam Free Fire, Moco, Antonio, Miguel dan Kelly.

Mereka akan membawakan persembahan muzik yang menampilkan barisan muzik, koreografi dan interaksi maya pada akhir November ini yang akan disiarkan secara langsung di YouTube.

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.