Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

Fortnite China Akan Ditutup Bermula 15 November

0

Epic Games dan Tencent menggumumkan Fortnite China akan ditutup. Bermula bulan ini pemain tidak lagi boleh mendaftar atau memuat turun permainan, dan pelayan akan ditutup sepenuhnya pada 15 November, menurut pengumuman di laman web battle royale China.

Fortnite masih merupakan salah satu permainan yang popular yang ada hari ini. Walaupun tidak jelas berapa ramai pemain Fortnite di China, jumlah pemain semestinya menurun dengan mendadak disebabkan kali ini pelayan akan ditutup dan dialih keluar secara kekal di China.

Menurut penganalisis Daniel Ahmad. Fortnite tidak pernah dilancarkan secara rasmi di negara itu. Fortress Night berada dalam ujian beta selama lebih dua tahun dan kerajaan tidak memberikan Tencent, yang menerbitkan permainan di sana, lesen. Oleh itu, Tencent tidak dapat menjana pendapatan Fortnite terutama transaksi untuk membeli V-Bucks atau membeli apa-apa barangan dalam permainan dengan transaksi dalam applikasi.

“Fortress Night telah sampai ke penghujungnya,”. “Kami akan menutup pelayan dalam masa terdekat.” Tiada alasan diberikan untuk penutupan permainan.

Bagi anda yang keliru, Fortnite menggunakan nama tajuk Fortress Night di China. Walaupun alasan sebenar di sebalik penutupan itu tidak dijelaskan, ia mungkin disebabkan oleh Genre battle royale telah dikawal ketat di China.

Awal tahun ini juga, CNN mengesahkan bahawa China melarang kanak-kanak di bawah umur 18 tahun daripada bermain permainan pada hari bekerja, dengan had 1 jam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Selain itu, undang-undang yang menyasarkan keganasan dalam media (contohnya, “skin” dengan imej tengkorak) dan perjudian menghalang Fortnite China daripada mempamerkan kosmetik tertentu. Berhubung dengan perubahan tersebut, pemain China telah diberikan 400 V-Bucks setiap minggu dan pakej yang boleh dibeli seperti pas pertempuran secara percuma.

Fortnite kini tersedia secara percuma di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series X, Xbox One, Nintendo Switch, Android, iOS dan PC melalui Epic Games Store bagi pemain di Malaysia.

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.