Home EsukanFIGHT NIGHT: Mini Tournament Percuma di ATO Gaming Cafe TTDI!

FIGHT NIGHT: Mini Tournament Percuma di ATO Gaming Cafe TTDI!

by Khalid Zainal
0 comments

Bersedia untuk bertarung habis-habisan hujung minggu ini? 
FIGHT NIGHT bakal berlangsung Ahad, 26 Oktober 2025, dari 12 tengah hari hingga 6 petang di ATO Gaming Cafe, TTDI — dan yang paling menarik, penyertaan adalah PERCUMA!

Acara ini dibawakan khas oleh MPPWP Segambut Subzone 2 bersama rakan komuniti tempatan Backstreet-Brawl dan Offstage Malaysia — dua nama besar dalam scene fighting games Malaysia.

Butiran Penting

Tarikh Pendaftaran & Butiran Penting
Pendaftaran dibukaSelagi Dibuka, Klik Pada Link Pendaftaran
Tajuk Permainan
  • Street Fighter 6 (anjuran Backstreet-Brawl)
  • Super Smash Bros. Ultimate (anjuran Offstage Malaysia)
Tarikh KejohananAhad, 26 Oktober 2025
Masa Kejohanan12:00 PM – 6:00 PM
LokasiATO Gaming Cafe, Jalan Sungai Penchala, TTDI
Kelayakanpendaftaran Percuma

Dua Pertandingan, Satu Medan Epik

🔥 Street Fighter 6 (anjuran Backstreet-Brawl)
🔥 Super Smash Bros. Ultimate (anjuran Offstage Malaysia)

Sama ada kau seorang combo master atau pemain kasual yang nak cuba nasib, ini peluang kau untuk tunjuk siapa raja arena sebenar.

Hadiah Gempak Menanti Juara

Terima kasih kepada penaja utama, MPPWP Segambut Subzone 2, pemenang bakal membawa pulang hadiah bernilai menarik termasuk:

Senarai Hadiah
Elden Ring: Shadow of the Erdtree (PS5 Collector Edition)
Headset Gaming HyperX
Premium Controllers & Gaming Peripherals

Walk-In Pun Dapat Hadiah!

Tak nak bertanding tapi nak datang tengok aksi? Tiada masalah! Semua walk-in visitors akan menerima premium goodie bag eksklusif — percuma!

Bawa kawan, jumpa komuniti, dan rasai suasana kompetitif yang santai tapi penuh tenaga di ATO Gaming Cafe TTDI.

Add Comment