Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

Dota 2 DPC 2022: Infomasi Penuh, Jadual, Format Dan Hadiah

0

Perincian DPC Dota 2 2022 telah diumumkan Valve dalam kemas kini terkini roadmap The International 11 (TI11) yang akan melibatkan pasukan-pasukan profesional Dota 2, jadual, format kejohanan dan pengagihan kumpulan hadiah (prize pool).

Jadual

Jadual mingguan liga Dota 2 2022 DPC Divisyen I dan Divisyen II;

  • Tour pertama: 29 November- 23 Januari.
  • Tour kedua: 14 Mac – 24 April.
  • Tour ketiga 6 Jun – 17 Julai.

Jadual mingguan bagi Divisi I

Jadual mingguan bagi Divisi II

Baca Juga Senarai Pasukan Bertanding Pada Tour Pertama DPC 2022 Divisi I

Format

Valve melaksanakan DPC pada 2017 untuk menyediakan pasukan Dota 2 laluan yang jelas untuk melayakkan diri ke The International. Musim DPC menampilkan kesemua enam wilayah Dota 2 iaitu dari Asia Tenggara (SEA), Amerika Utara (NA), China (CN), Eropah Barat (WEU), Eropah Timur (EEU) dan Amerika Selatan (SA).

Dota Pro Circuit ialah satu siri liga dan kejohanan pemain pro Dota 2 bersaing untuk mengumpul mata untuk slot ke kejohanan dunia, The International (TI).

DPC Dota 2 2022 melibatkan semua Liga Serantau untuk Divisyen I dan Divisyen II, dan termasuk tiga Dota 2 Majors.

Major ialah kejohanan penyingkiran, di mana pasukan berprestasi tinggi dari Liga Serantau bersaing sesama sendiri untuk memperoleh lebih banyak DPC Points dan hadiah wang tunai.

Major terbahagi kepada 3 peringkat;

Juara wilayah Divisi I

18 pasukan dengan kedudukan teratas dalam Divisi I Liga Regional masing-masing akan bersaing di Major. Setiap wilayah akan diberikan 2 slot untuk diisi oleh pasukan. Namun, ada beberapa wilayah yang akan mendapat lebih daripada 2 slot. Antaranya ialah:

  • Eropah Barat: 4 Slot
  • Eropah Timur: 3 Slot
  • China: 4 Slot
  • Amerika Utara: 2 Slot
  • Asia Tenggara: 3 Slot
  • Amerika Selatan: 2 Slot

Pusingan pembukaan Major berfungsi seperti kejohanan penyingkiran dalam format BO2.

Peringkat Wildcard

Peringkat Wildcard. Ia menampilkan enam pasukan yang layak dari Divisi I. Dua pasukan teratas dalam Peringkat Wildcard mara ke Peringkat Kumpulan.

Peringkat Kumpulan

Peringkat Kumpulan menampilkan pasukan tempat kedua daripada Divisi I setiap wilayah bersama dua pemenang Wildcard. Peringkat Kumpulan akan dimainkan secara double round robin. Dua pasukan terbawah dalam Peringkat Kumpulan akan tersingkir.

Dua pasukan teratas di peringkat kumpulan layak ke playoff bracket atas, baki empat pasukan bermula di bracket bawah.

Hadiah

Pembahagian kumpulan hadiah bagi Dota 2: DPC 2022 di Divisi I & Divisi II.
Liga Wilayah akan membawakan sebanyak $280,000 USD yang akan dibahagikan kepada dua divisi; Divisi I dan Divisi II.
Mata DPC berbeza-beza bagi setiap Tour.

Divisi I

Tempat 1

Wang Tunai – US$30,000
Mata DPC – 300/400/500
Layak ke Peringkat Playoff Majors

Tempat 2

Wang Tunai – US$28,000
Mata DPC – 180/240/300
Layak ke Peringkat Kumpulan Major

Tempat 3

Wang Tunai – US$27,000
Mata DPC – 120/160/200
Layak ke Peringkat Major Wildcard

Tempat 4

Wang Tunai – US$26,000
Mata DPC – 60/80/100
Layak ke Peringkat Major Wildcard

Tempat 5

Wang Tunai – US$25,000
Mata DPC – 30/40/50

Tempat 6

Wang Tunai – US$24,000
Mata DPC – N/A

Tempat 7

Wang Tunai – US$23,000
Mata DPC – N/A
Diturunkan divisi II

Tempat 8

Wang Tunai – US$22,000
Mata DPC – N/A
Diturunkan divisi II

Divisi II

Tempat 1

Wang Tunai – US$17,000
Mata DPC – N/A
Dinaikkan ke Divisi I

Tempat 2

Wang Tunai – US$16,000
Mata DPC – N/A
Dinaikkan ke Divisi I

Tempat 3

Wang Tunai – US$15,000
Mata DPC – N/A

Tempat 4

Wang Tunai – US$11,000
Mata DPC – N/A

Tempat 5

Wang Tunai – US$9,000
Mata DPC N/A

Tempat 6

Wang Tunai – US$7,000
Mata DPC N/A

Tempat 7

Wang Tunai – N/A
Mata DPC – N/A
Tersingkir dari Divisi

Tempat 8

Wang Tunai – N/A
Mata DPC – N/A
Tersingkir dari Divisi

Major

Tempat 1

Wang Tunai – US$200,000
Mata DPC – 400/500/600

Tempat 2

Wang Tunai – US$100,000
Mata DPC – 350/450/550

Tempat 3

Wang Tunai – US$75,000
Mata DPC – 300/400/500

Tempat 4

Wang Tunai – 250/350/450
Mata DPC – N/A

Tempat 5

Wang Tunai – US$25,000
Mata DPC – 200/300/400

Tempat 6

Wang Tunai – US$25,000
Mata DPC – 200/300/400

Tempat 7

Wang Tunai – US$12,500
Mata DPC – 100/200/300

Tempat 8

Wang Tunai – US$12,500
Mata DPC – 100/200/300

Pada penghujung musim kompetitif ketiga, 12 pasukan terbaik akan mara ke The International 11. Baki enam tempat akan ditentukan oleh kelayakan peluang terakhir wilayah.

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.