Isi Kandungan
Peminat anime di Malaysia bakal disajikan dengan pengalaman unik dan immersive apabila Delicious in Dungeon Exhibition Malaysia dan Ryoko Kui Exhibition membuat penampilan sulungnya di INCUBASE Arena Malaysia, Kuala Lumpur. Pameran rasmi ini akan berlangsung selama 50 hari sahaja, dari 1 Ogos hingga 28 September 2025, membawa dunia penuh fantasi, seni dan masakan raksasa ke dunia nyata.
Dibawakan secara eksklusif oleh INCUBASE Studio, acara ini menyatukan dua pameran berprestij: pertama melawati karya dan imaginasi kreatif pengkarya manga terkenal Ryoko Kui, dan satu lagi memberi peluang kepada peminat untuk menyelami dunia Delicious in Dungeon (Dungeon Meshi) melalui paparan ikonik, zon foto, dan hidangan bertema.
Dalam artikel ini, kami sediakan infomasi lengkap buat peminat siri Delicious in Dungeon serta pengunjung Incubase yang ingin tahu lebih lanjut sebelum hadir.
Baca Juga: Pengalaman dan Majlis Perasmian Pelancaran Delicious in Dungeon Malaysia 2025
Lokasi & Tarikh Pameran
Infomasi Operasi Pameran | |
---|---|
Tempat | INCUBASE Arena Malaysia, Tingkat 2, Fahrenheit88, Kuala Lumpur |
Tarikh | 1 Ogos – 28 September 2025 |
Waktu Operasi | 10:00 pagi – 10:00 malam (setiap hari) |
Apa yang Anda Akan Lihat di Pameran Ini?
Lebih 150 Karya Asal & Reproduksi oleh Ryoko Kui
Masuki dunia kreatif Ryoko Kui, mangaka terkenal yang mencipta Delicious in Dungeon. Anda boleh melihat lebih 150 keping karya asli dan konsep seni, termasuk lukisan tangan, panel manga, dan ilustrasi eksklusif yang tidak pernah dipamerkan di luar Jepun sebelum ini.
Terdapat juga zon khas spotlight Ryoko Kui yang menampilkan video temuramah, sesi rakaman melukis, dan proses kreatif beliau yang menarik.

Paparan Dunia Dungeon Meshi yang Direka Semula
Dalam pameran Delicious in Dungeon Exhibition, beberapa adegan ikonik dari anime dan manga dibawa ke pameran dengan perincian yang memukau. Anda dibawa melihat set replika dungeon, bilik memasak Senshi, dan peralatan watak-watak utama seperti Laios, Marcille, dan Chilchuck.
Zon Foto Eksklusif
Ambil gambar bersama replika makanan raksasa, set memasak, dan karakter board edisi khas. Zon foto ini menjadi tarikan utama untuk peminat cosplay dan content creator.

Kolaborasi F&B Bertema Dungeon Meshi
Untuk pertama kalinya di Malaysia, anda boleh makan seperti Laios dan pasukannya! Kafe bertema di dalam INCUBASE Arena akan menawarkan menu khas Delicious in Dungeon — termasuk hidangan yang diinspirasikan daripada masakan raksasa dalam cerita asal.
Kedai Pop-Up Rasmi
Jangan lepaskan peluang membeli merchandise Delicious in Dungeon dari Jepun seperti figura, keychain, coaster, poster, dan bundle edisi terhad. Beberapa barangan hanya boleh dibeli di Kuala Lumpur sahaja – menjadikannya barangan koleksi yang sangat dicari.
Maklumat Tiket Delicious in Dungeon Exhibition Malaysia
Dapatkan tiket anda di salah satu platform ini: 🎫 ticket2u.com.my | INCUTix | KLOOK
Tiket Awal (26 Jun – 31 Julai 2025) | |
---|---|
Duo Combo Ticket (2 dewasa) | RM80 |
Dungeon Character Board Bundle | RM70 (1 tiket + board karakter rawak dari 4 rekaan) |
Tiket Biasa (1 Ogos – 28 September 2025) | |
---|---|
Tiket Biasa | RM50 |
Tiket Pelajar / Warga Emas / OKU | RM40 (ID diperlukan) |
Dungeon Character Board Bundle | RM80 |
Drink Bundle | RM62 (termasuk 1 tiket + minuman + coaster eksklusif) |
Meal Bundle | RM79 (1 tiket + hidangan utama/dessert + 2 coaster) |
Feast Bundle | RM132 (1 tiket + minuman + hidangan utama + pencuci mulut + 3 coaster) |
Gift Dan Kombo Kolektor
Bagi setiap pengunjung yang masuk, korang akan dapat satu bookmark Dungeon Meshi sebagai admission gift. Hadiah simple tapi meaningful — sesuai sangat untuk dibawa balik sebagai kenangan atau diselit dalam manga Dungeon Meshi.
Bagi peminat dan collector yang suka barang rare, selain bookmark, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan shikishi eksklusif ni. Hanya boleh dapat kalau beli combo bundle, dan dengan 4 design berbeza yang diagihkan secara rawak, memang wajib simpan dalam koleksi Dungeon Meshi korang.