Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

Aspirasi Keluarga Malaysia Esports Championship: MLBB & FIFA 22

0

100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia Esports Malaysia terbuka bagi pemain Mobile Legends dan FIFA 22 Malaysia. Bersempena initiatif terbaru kerajaan, konsep Keluarga Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merentasi agama, kaum, warna kulit dan sempadan negeri. Sebanyak RM18,000 hadiah terkumpul yang akan dipertaruhkan. Kejohanan akan berlangsung secara offline di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Status Kejohanan

Pendaftaran Ditutup

Pendaftaran Aspirasi Keluarga Malaysia Esports

  • Pendaftaran dibuka pada 25 November 2021 – 7 December 2021 Tutup apabila semua slot disahkan, mana yang lebih awal.
  • Ketua pasukan atau wakil pasukan perlu mendaftar mengikut borang yang disediakan.
  • Pengesahan slot dibuat berdasarkan first come first serve.
  • Pendaftaran adalah percuma.
  • Isi borang mengikut tajuk kejohanan melalui pautan dibawah:

Baca Juga Kejohanan M3 Mobile Legends 6 Disember ini

Mobile Legends

Lokasi Dan Jadual

Tarikh Acara :

  • 11 Disember 2021 (Kelayakkan)
  • 12 Disember 2021 (Playoff)

Lokasi : Dewan 5, Pusat Konvensyen KL
Masa : 9.00AM – 10.00PM

Syarat dan Peraturan

  • Maklumat pasukan tidak boleh diubah setelah tempoh pendaftaran ditutup (IGN, pemain)
  • Nama dan Logo Pasukan tidak boleh mengandungi frasa, atau unsur yang menyinggung perasaan, kasar atau tidak sesuai. Ini mungkin juga tidak mengandungi unsur korporat, atau harta intelek tanpa persetujuan terlebih dahulu daripada Penganjur.
  • Setiap pasukan terdiri daripada 5 atau 7 (2 pemain gantian) .Setiap ahli perlu didaftarkan oleh Leader sahaja.
  • Dilarang menghina/mengganggu pihak lawan melalui voice chat / chat perkataan yang keji. Jika berlaku, pihak juri akan mengeluarkan team tersebut secara serta merta.
  • Dilarang menggunakan alat pihak ketiga/hack semasa pertandingan sedang dijalankan. Jika berlaku, pihak juri akan mengeluarkan team tersebut secara serta merta.

Kelayakkan

Satu pemain hanya boleh menyertai satu pasukan.

  • Tiada had umur.
  • Terbuka kepada semua warganegara
  • Semua pemain wajib menghadiri di venue kejohanan.
  • Pemain dan pasukan MPL dibenarkan bermain atau mana-mana pemain dan pasukan dari liga professional.

Format

Peringkat Qualifier

  • Setiap pasukan akan di bahagikan kepada grouping round robin dan akan bermain format ‘Best Of 1’ setiap pasukan.
  • 2 Pasukan teratas akan melayakkan ke peringkat top 32 dan akan bermain format ‘Best Of 1’ setiap pasukan.
  • Top 8 qualifier akan layak memasuki Playoff pada 12 December 2021.

Peringkat Playoff

  • Top 8 dari qualifier akan layak beraksi di peringkat ‘double elimination BO3’ .
  • Format bagi ‘Grandfinal Best Of 3’

Tetapan Permainan

  • Custom mode: Draft pick
  • Skin : On
  • Tiada had account level
  • Hero : Hero baru adalah dilarang (kurang daripada 2 minggu tarikh hero dikeluarkan). Hero lain dibenarkan.

Cara Permainan

  • Ketua pasukan akan mencipta permainan Custom mode; Draft pick, dan mengajak ketua pasukan lawan masuk.
  • Selepas kedua-dua ketua pasukan menyertai ruang permainan, setiap ketua harus mengajak ahli masing-masing untuk turut serta.
  • Setelah kedua-dua pihak mengenalpasti identiti masing-masing, pertandingan akan dimulakan.
  • Pasukan yang berada di bracket atas akan menjadi ‘1stpick’. Pasukan yang berada di bracket bawah membuka lobby custom draft pick.

Hadiah Terkumpul

  1. Johan – RM 6,000
  2. Naib Johan – RM 4,000
  3. Tempat Ketiga – RM 2 500
  4. Tempat Ke-4 – RM 1 600
  5. Tempat ke-5 & ke-6 – RM 1 100
  6. Tempat ke-7 & ke-8 – RM 850

FIFA 22

Lokasi Dan Jadual

Tarikh Acara: 10 – 12 Disember
Lokasi : Dewan 5, Pusat Konvensyen KL
Masa: 9.00 A.M. – 10.00 P.M

Hadiah Terkumpul

  1. Johan: RM 3,000.00
  2. Naib Johan: RM 2,000.00
  3. Tempat Ketiga: RM 1,250.00
  4. Tempat Ke-4 : RM 750.00
  5. 8 TOP: RM 250.00
Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.