Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

Sukan Asia 2022: MOM Akan Adakan Pemilihan Atlet Nasional PUBGM

0

Status Kejohanan

Akan Diumumkan

Pengumuman MOM

MOM atau Majlis Olimpik Malaysia hadir di sambutan ulang tahun PUBG Mobile ke-4 yang diadakan di Sunway Pyramid bersama Xiaomi telah mengesahkan kelayakan untuk Sukan Asia 2022 akan diadakan bagi e-sukan PUBG Mobile, turut mengumumkan kerjasama bersama PUBG Mobile untuk membangunkan ekosistem yang sihat untuk pemain-pemain PUBGM di Malaysia.

“Kami akan membuat pengumuman untuk acara The Road to 19th Asian Games (RTAG) Hangzhou 2022 di mana satu program e-sukan yang ditubuhkan oleh MOM dan juga Kesatuan Sukan Elektronik Asia (AESF).

“Pemain-pemain yang terbaik untuk mewakili Malaysia di Sukan Asia juga diadakan untuk memilih pemain terbaik melalui RTAG ini,” kata mereka.

Baca Juga mengenai penyertaan esukan Malaysia di Sukan SEA 2022

Mengenai MOM

Majlis Olimpik Malaysia merupakan wakil yang mewakili Malaysia di Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan yang bertanggungjawab terhadap perwakilan altet Olimpik Malaysia ke kejohanan dunia Olimpik.

MOM juga bertanggungjawab didalam memajukan atlet Olimpik negara untuk memupuk semangat kesukanan dan disiplin dalam aktiviti sukan dan pendidikan.

Jadual Sukan Asia 2022

Sukan Asia ke-19 di Hangzhou, China bermula 10 hingga 22 September depan. Jadual kejohanan esukan akan dikemaskini kemudian.
Bagi kelayakan Sukan Asia itu, satu acara pilihan nasional pada bulan Mei akan diadakan bagi memilih pemain terbaik negara.

Esukan Di Sukan Asia 2022

Majlis Olimpik Asia (OCA) telah mengumumkan Asian Games Hangzhou, esport yang telah dipilih untuk Sukan Asia 2022, ia juga menandakan ulang tahun ke-19 acara itu dan ini akan menjadi kali pertama esports dipertandingkan secara rasmi. Tahun lalu, esports dimainkan sebagai sukan ‘demonstrasi’ dan sejak itu, esukan telah menerima pengiktirafan sepenuhnya.

Lapan judul esports yang termasuk dalam Sukan Asia 2022 adalah

  1. Arena of Valor
  2. Dota 2
  3. Dream Three Kingdoms 2
  4. EA Sports FIFA
  5. Hearthstone
  6. League of Legends
  7. PUBG Mobile
  8. Street Fighter V

Bagi judul Arena of Valor dan PUBG Mobile akan mempunyai versi tersendiri di Asian Games Hangzhou Esport untuk dimainkan secara kompetitif.

Di samping itu, dua acara demonstrasi – AESF Robot Masters dan AESF VR Sports – juga akan dipermainkan. Kedua-dua acara demonstrasi ini dikuasakan oleh anak syarikat streaming China Mobile, Migu.

Husain Al-Musallam, Ketua Pengarah OCA, berkata: “Kami berharap pengumuman ini memberi peluang kepada semua pasukan yang mengambil bahagian untuk menyiapkan dan melengkapkan diri mereka menjelang peringkat kelayakan.

“I believe we have ticked all the right boxes ensuring a high level of competition which promises great viewing for enthusiasts and casuals alike.”

OCA telah melantik Asian Electronic Sports Federation sebagai Delegasi Teknikalnya untuk pertandingan Asian Games Hangzhou Esports. Hasilnya, persekutuan akan mengendalikan dari pusingan kelayakan, serta operasi dan pengurusan pertandingan esport.

Bagi Mobile legends yang sememangnya satu esport yang popular di Malaysia tidak tersenarai disebabkan judul permainan tersebut diban di China akibat daripada pelanggaran hak cipta dari syarikat pembangun judul permainan tersebut.

Harapan kami dari Genesix agar kontijen Malaysia dapat mengulangi kejayaan membawa pulang pingkat seperti sebelumnya. Semoga maju jaya kepada yang terpilih sebagai wakil nanti.

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.