Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

Apex Legends Weapon: Panduan Lengkap Senjata Bagi Versi Mobile

Apex Legends Mobile kini di peringkat soft launch dimana pemain dari wilayah terpilih akan dapat bermain permainan ini. Dan di Malaysia semestinya mendapat sambutan disebabkan permainan Mobile adalah lebih diminati daripada permainan PC. Apex Legends merupakan battle royale dengan kunikkan tersendiri. Bagi pemain baru, walaupun genre yang sama seperti PUBGM dan Free Fire yang terkenal di Malaysia, tetapi cara permainan, senjata dan barangan “loot” sama sekali berbeza, membuatkan ramai pemain baru mengambil masa untuk mahir didalam permainan ini. Panduan Apex Legends Weapon 101 ini perlu bagi memahami permainan ini.

Senarai Panduan

Permainan ini memerlukan pemain melengkapkan watak dengan kelengkapan senjata dan evo shield. Anda perlu memahami fungsi dan cara menggunanya. Pastikan anda membaca kesemua penerangan yang terdapat pada setiap baragan. Tier list hanya rujukan bagi pemain baru, setiap baragan mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri yang perlu dicuba untuk membina gaya permainan pemain sendiri.

Pautan Panduan
Apex Legends Mobile
Panduan Senjata
Panduan Evo Shield
Panduan Rank

Apex Legends Weapon 101

Senarai Senjata

Panduan ni hanya sekadar rujukan bagi pemain baru, senarai “tier” akan berubah mengikut kepakaran penggunaan pemain.

Apex Legends weapon tier list;

TierSenjata
SR-301 Carbine, R-99, VK-47 Flatline, Peacekeeper, Prowler Burst PDW, Kraber .50-Cal
AWingman, Volt, Hemlok, EVA-8 Auto, HAVOC, Spitfire,
BL-Star, Longbow, G7 Scout,
CRE-45, Alternator, P2020

R-301 Carbine

IkonJenisPeluruAksesoriKapasiti
Assault rifle Light18

R-301 adalah antara senjata terbaik dalam Apex Legends Mobile untuk pertempuran jarak sederhana dan jauh.

Dengan kapasiti peluru hanya 18, R-301 anda sangat memerlukan aksesori “extended light Mag”, dan untuk skop boleh menggunakan 1x-2x Variable Holo atau 2x HCOG.

R-99

IkonJenisPeluruAksesoriKapasiti
SMG Light20

R-99 ialah SMG terbaik Apex legends Mobile, kerana ia berkesan untuk melawan musuh pada jarak dekat dengan 198 DPS.

Walaupun R-99 adalah senjata penembakan terpantas dalam permainan, seperti R-301 ia mempunyai kapasiti peluruh yang sedikit iaitu 20. R-301 Carbine juga merupakan gandingan yang bagus bagi pemain yang agresif(barbar).

VK-47 Flatline

IkonJenisPeluruAksesoriKapasiti
Assault rifle Heavy20

VK-47  merupakan assault rifle yang mampu mengeluarkan kerosakan yang tinggi, tetapi mempunyai kadar penembakan yang perlahan. Sejenis senjata yang sesuai untuk pertempuran jarak dekat dan pertengahan, disarankan penggunaan skop 2-4x atau 3x bersama hip-fire.

Peacekeeper

IkonJenisPeluruAksesoriKapasiti
Shotgun Shotgun5

Senjata ini sangat berkesan pada jarak dekat, dengan aksesori yang lengkap, kerosakan yang dikeluarkn adalah sangat menakutkan.

Memerlukan penguasaan senjata, bukan senjata yang mudah digunakan seperti assault rifle atau smg contohnya, pemain perlu menembak dengan timing masa yang tepat.

Prowler Burst PDW

IkonJenisPeluruAksesoriKapasiti
SMG Heavy20

Prowler Burst PDW ialah antara senjata Apex Legends yang kuat. Agak mesra pemain baru disebabkan mod burst-fire, mod ini membolehkan pemain mudah membidik dan menembak. Anda bole menukar ke senjata yang lain yang lebih kompetatif.

Prowler juga boleh beraksi pada jarak pertengahan dengan skop 1x-2x Variable Holo atau 2x HCOG Bruiser.

Kraber .50-Cal

IkonJenisPeluruAksesoriKapasiti
Sniper rifle Sniper(Drop)4

Kraber .50-Cal ialah sniper rifle Apex Legends yang hanya boleh didapatkan melalui “Supply Drop”. Salah senjata yang rare.

Senjata ini mampu menumbangkan lawan anda dengan 1  tembakan di kepala. Walaupun anda terlepas tembakan kepala, tembakan tepat pada bahagian badan akan menghilangkan kesemua bar shield lawan.

Wingman

IkonJenisPeluruAksesoriKapasiti
Pistol Heavy6

Wingman merupakan senjata jenis pistol yang paling kuat dalam permainan, tetapi memerlukan tahap penguasaan senjata ini yang tinggi disebabkan pengunaannya seakan shortgun.

Sangat kuat untuk perlawanan jarak dekat jika digunakan pada pemain yang sudah biasa dengannya, dimana ia memerlukan pemain dengan keupayaan menyasar yang tepat. Anda perlu banyak berlatih dengan senjata ini sebelum mengunakannya di mod rank.

Volt

IkonJenisPeluruAksesoriKapasiti
SMG Energy28

Volt ialah SMG yang mudah untuk dibidik, membuatkannya sangat kuat bagi pertarungan jarak pertengahan hingga jarak jauh. Ia adalah satu-satunya SMG yang boleh menentang R-301 dalam pertempuran jarak jauh.

Volt SMG melepaskan tembakan pada kadar yang sangat pantas, dan disebabkan “recoil” yang rendah, ia agak mudah dikawal. Menjadikannya senjata yang ideal dan mudah dikuasai pemain baru.

Hemlok

IkonJenisPeluruAksesoriKapasiti
Assault rifle Heavy18

Hemlok ialah senjata yang boleh bertukar antara mod three-shot bursts dan single fire.

Berguna untuk perlawanan pada jarak sederhana kerana kerosakan yang tinggi. Walau bagaimanapun, Hemlok sukar digunakan pada jarak dekat berbanding senjata automatik.

EVA-8 Auto

IkonJenisPeluruAksesoriKapasiti
Shotgun Shotgun8

EVA-8 ialah sshortgun automatik penuh yang bertujuan menjatuhkan lawan dari jarak dekat. Senjata itu kurang kuasa kerosakan berbanding dengan Peacekeeper tetapi lebih mudah digunakan, salah satu senjata yang bagus untuk pemain baru.

Kelebihan EVA-8 ialah anda tidak perlu ADS sekerap yang anda lakukan seperti senjata lain.

HAVOC

IkonJenisPeluruAksesoriKapasiti
Assault rifle Energy24

HAVOC adalah senjata yang hampir sempurna untuk pemain. Mempunyai kapasiti mag yang tertinggi dan kadar kelajuan peluru terpantas daripada semua Assault Rifles. Senjata ini konsisten pada pertarungan jarak pertengahan dan jauh dengan aksesori yang betul.

Dengan aksesori Turbocharge, senjata ini sangat menakutkan jika berada di tangan pihak lawan.

Spitfire

IkonJenisPeluruAksesoriKapasiti
LMG Heavy(Drop)55 / 63

Spitfire berkemungkinan adalah LMG terbaik dan boleh didapati di “supply drop”. Senjata ini mempunyai kapasiti peluru sebanyak 40, dan pengganda “headshot” 2× dengan ketepatan tinggi pada jarak sederhana dan jauh.

Secara realistik, pemain boleh menghapuskan seluruh skuad dengan hanya Spitfire. Kadar kelajuan tembakan agak perlahan dan ia mempunyai masa tambah peluru yang lebih lama. Walau bagaimanapun, nilai kerosakan yang tinggi bersama dengan pengganda “headshot” menjadikannya LMG terbaik untuk pemain baru.

L-Star

IkonJenisPeluruAksesoriKapasiti
LMG Energy

L-Star mempunyai “recoil” yang tinggi, yang boleh dikawal dengan lebih baik dengan “burst fire”.

Pemain boleh memaksimakan penggunaan dengan memasang kesemua aksesori. Walaupun L Star tidak perlu di “reload” ketika pertempuran tetapi adalah mustahil digunakan untuk pemain baru disebabkan “recoil” yang terlalu tinggi. Gunakannya hanya apabila anda tiada senjata lain di jumpai, dan tukarkannya dengan senjata yang lebih baik seperti R-301, Spitfire atau Flatline.

Longbow

IkonJenisPeluruAksesoriKapasiti
Sniper rifle Sniper6

Longbow DMR ialah senjata yang bagus untuk digunakan untuk konsistensi bidikan jarak jauh. tetapi kekurangan nilai kerosakan ini menyebabkan ianya tidak menjadi pilihan utama senjata jenis sniper.

Mempunyai kapasiti peluru tertinggi daripada semua sniper. Pemain boleh melengkapkan mana-mana skop ini untuk permainan tembak jarak jauh. 3x HCOG Ranger, 2x-4x Variable AOG, 4x-8x Variable Sniper atau 4x-10x Digital Sniper Threat.

G7 Scout

IkonJenisPeluruAksesoriKapasiti
Marksman
weapon
Light20

G7 ialah senjata penembak separa auto yang sesuai untuk pertempuran jarak sederhana dan jarak jauh. Senjata ini adalah yang terbaik dalam kelas untuk pertarungan senjata jenis Marksman berjarak sederhana. Walau bagaimanapun, ia mudah dikalahkan oleh senjata automatik pada jarak dekat.

G7 mempunyai kadar “recoil” yang tinggi dengan jarak perjalanan peluru yang jauh. Memerlukan pemain mempunyai siling kemahiran membidik yang tinggi.

RE-45

IkonJenisPeluruAksesoriKapasiti
Pistol Light16

RE-45 sebuah pistol automatik. Ia mempunyai kadar tembakan yang sangat pantas dengan kapasiti peluru hanya sebanyak 16. Senjata ini mengeluarkan nilai kerosakan yang rendah.

RE-45 bukanlah senjata yang bagus untuk melakukan perlawanan kecuali ianya terpaksa.

Alternator

IkonJenisPeluruAksesoriKapasiti
SMG Light19

Alternator ialah sejenis SMG dengan kemampuan nilai kerosakan yang rendah dalam kelasnya seperti R-99 atau Volt SMG.

“Fire Rate” dan DPS yang rendah,  menjadikan senjata ini tidak konsisten. Nasihat terbaik untuk pemain baru adalah menggunakan Alternator hanya apabila tidak ada senjata berdekatan untuk mempertahankan diri slepas mendarat di “drop spot” pilihan.

P2020

IkonJenisPeluruAksesoriKapasiti
Pistol Light14

P2020 mungkin senjata paling teruk. Walaupun ia mempunyai “recoil” yang rendah, isian peluru pantas dan ketepatan hip-fire yang baik, ianya masih tidak mampu untuk bersaing dengan senjata lain disebabkan nilai kerosakan yang terlalu rendah dan kapisiti peluru yang sedikit.

Apex Legends Weapon 101 akan dikemaskini mengikut perubahan yang berlaku di Apex Legends Mobile. Dengan memahami setiap senjata, pemain dapat meningkatkan peluang kemenangan ketika pertarungan berlaku. Setiap tujuan serangan pastinya ada senjata yang sesuai dan tepat untuk setiap situasi / gaya permainan. Anda perlu berlatih dengan senjata yang sesuai dengan gaya permainan anda.

Sumber rujukan dan gambar adalah dari apex legends fandom, uhd wallpaper dan gfinity esports.

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.