Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

Apex Legends Mobile Download: Infomasi Permainan Bagi Android & IOS

0

Permainan Apex Legends versi Mudah Alih ini telah dilancarkan di Malaysia,  – yang mana sebelumnya Respawn Entertainment terpaksa menangguhkan pelancaran battle royale futuristiknya, Apex Legends Mobile yang dirancang 28 Februari. Apex Legends Mobile download tersedia pada peranti Android dan IOS.

Mengenai Apex Legends Mobile

Battle Royale merupakan salah satu genre permainan yang popular di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Antara terkenal seperti PUBGM dan Free Fire. Walaupun di genre yang sama Apex Legends membawakan kelainan Battle Royale dengan cara yang berbeza, dengan pelbagai legenda yang mempunyai kebolehan unik mereka sendiri. Jika anda seorang pemain mudah alih yang berminat Battle Royale, Apex Legends Mobile ialah permainan yang dengan gaya tersendiri yang boleh anda cuba. Apex Legends Respawn Entertainment akhirnya datang ke mudah alih setelah beberapa tahun berada di peranti PC.

Lagenda Tersedia

  • Bloodhound
  • Gibraltar
  • Lifeline
  • Wraith
  • Bangalore
  • Octane
  • Mirage
  • Pathfinder

Mod Tersedia

Mod yang tersedia, Battle Royale standard, Arena, dan juga Deathmatch berpasukan. Jarak Tembakan juga dipertingkatkan berbanding versi PC, tetapan kesukaran, mod free-for-all, dan juga peluru tanpa had.

Penambah baik fungsi bagi versi mudah alih

Permainan Apex Legends Mobile seakan PC dan konsol tetapi dengan beberapa perbezaan bagi menyesuaikan dengan gaya permainan mobile. 60 pemain keseluruhan akan turun pada peta. Pemain akan mendapat peluang untuk memilih satu daripada pelbagai legenda di Apex Mobile. Setiap watak lagenda ini akan mempunyai kebolehan tersendiri. Walau bagaimanapun, setiap pasukan tidak boleh memilih watak lagenda yang sama.

Respawn berkata: “Apex Legends Mobile direka khas untuk skrin sentuh, dengan kawalan yang diperkemas dan pengoptimuman yang bernas yang menghasilkan pertempuran battle royale yang canggih yang tersedia pada telefon.”

Butang “Request”

Apex Legends Mobile menambah baik ciri pemilihan lagenda dengan memasukkan fungsi butang “Requst” yang membolehkan anda meminta rakan sepasukan anda memilih legenda yang berbeza dan membenarkan anda memilih kegemaran anda.

Mod “Third-Person”

Sama seperti permainan battle royale mudah alih yang lain, Apex Legends Mobile juga menyokong mod “Third Person” dimana kedudukan kamera berada di belakang watak. Ini memberikan pandangan yang lebih baik tentang persekitaran pemain. Pemain sentiasa boleh bertukar kembali kepada mod “First Person” apabila membidik sasaran untuk melihat di sudut yang lebih jelas.

Perks (Boleh Ditangalkan)

Versi mudah alih ini mengandungi fungsi “Perks” eksklusif yang boleh digunakan pemain untuk meningkatkan permainan mereka. Pada asasnya, “Perks” bertujuan meningkatkan kebolehan tambahan bagi legenda. Contohnya – Manfaat “Evolution” memberikan 50 mata perisai Evo setiap kali anda menumbangkan musuh.

“Perks” berkaitan dengan kemajuan tahap, dan oleh itu, anda mesti terus bermain permainan untuk membuka “Perks” yang lebih berkuasa. Apabila anda terus menaik tahap, anda akan mendapat akses kepada “Execution” dan “Exclusive perks”, yang mempunyai lebih banyak kelebihan. Walau bagaimanapun, kedengaran khabar angin, Apex Legends Mobile telah mengalih keluar ciri ini nanti kerana banyak maklum balas negatif semasa ujian beta.

Ganjaran Log Masuk

Selain dari fungsi-fungsi khas versi mudah alih, terdapat juga beberapa ganjaran yang diberikan. Pertamanya ganjaran log masuk. Dengan membuka permainan sekali sehari, pemain akan dapat menuntut ganjaran tertentu yang akan berubah dari semasa ke semasa. Terdapat banyak tawaran di berikan hanya dengan log masuk setiap hari.

“Missions”

Misi dalam mudah alih Apex Legends ialah cara mudah untuk pemain memperoleh mata (XP) menaikkan tahap dan barangan dalam permainan. Terbahagi kepada 2 iaitu harian dan mingguan.

Contohnya – Mainkan perlawanan BR untuk menuntut ganjaran, hidupkan semula rakan sepasukan dua kali, dan seterusnya.

Battle Pass

Seperti permainan PC dan konsol, Apex Legends Mobile mempunyai BP sendiri yang dibahagikan kepada pelbagai tahap sehingga ke 60. Seperti yang berlaku dengan “Mission”, pemain Apex Mobile mesti menyelesaikan misi dan mendapat EXP untuk meningkatkan tahap .

Mata Battle Passes EXP juga boleh dituntut dengan melakukan satu set tugas tertentu seperti menangani 4,000 kerosakan dengan LMG atau mendapatkan pembunuhan melalui watak tertentu. Pemain yang membeli harus memberi perhatian kepada tab ini sebaik sahaja mereka mendapat akses.

Siapa yang pembangun Apex Legends Mobile?

Apex Legends Respawn Entertainment merupakan yang membangunkan permainan ini. Menurut laporan sebelumnya, Tencent adalah sebahagian daripada pembangunan bersama. Setelah mengalihkan Call of Duty ke peranti mudah alih, syarikat dari China ini mempunyai banyak pengalaman dalam bidang membangunkan permainan PC ke peranti mudah alih.

Apex Legends Mobile Download iPhone dan Android.

Apex Legends akan datang ke kedua-dua peranti iPhone dan Android secara percuma. Tetapi, seperti yang dijangkakan, akan ada bayaran untuk barangan kosmetik.

Apex Legends Mobile juga akan menampilkan Battle Passesnya sendiri, lengkap dengan kosmetik koleksi eksklusif seperti versi PC dan konsol permainan.

Spesifikasi Android Apex Legends

  • Pautan Muat Turun
  • Android 8.1
  • Open GL 3.0 dan keatas
  • Memory: 3 GB
  • RAM: 3 GB Keatas
  • Saiz skrin: N/L/XL

Spesifikasi iOS Apex Legends

  • Pautan Muat Turun
  • iPhone 6S atau lebih baru
  • Versi OS: 10.0 atau lebih baru
  • CPU: A9
  • Memory: 3 GB
  • RAM: 2 GB Keatas

Tidak menyokong permainan silang

Apex Legends Mobile tidak akan menyokong permainan silang, dengan kata lain Apex Legends Mobile tidak akan berjumpa dengan PC atau konsol, anda dijamin hanya akan bermain menentang pemain mudah alih yang lain.

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.